Kerah semua menteri, timbalan jayakan program vaksinasi, kata Shabery

Kerah semua menteri, timbalan jayakan program vaksinasi, kata Shabery

Kerah semua menteri, timbalan jayakan program vaksinasi, kata Shabery

Pengumuman pakej bantuan semalam seharusnya disertakan dengan kerahan semua menteri dan timbalan menteri dalam menjayakan program imunisasi kebangsaan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yang juga bekas menteri persekutuan berkata, kerajaan Perikatan Nasional tidak seharusnya menyerahkan beban itu hanya kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin seorang.

“Buat ‘mapping’. Ada 222 kawasan Parlimen. Ada 70 menteri dan timbalan. Seorang baru jaga tiga kawasan. Hampir semua dah ada kawasan masing-masing. Cuma tambah dua atau tiga kawasan sahaja sorang lagi,” katanya di Facebook.

Katanya, menteri boleh memainkan peranan memanggil pegawai daerah dan kakitangan kerajaan di kawasan berkenaan untuk bertanya masalah, mencari jalan, berbincang dan bantu perjalanan rakyat yang jauh ke pusat vaksin,” katanya.

Shabery berkata, setiap kementerian perlu memainkan peranan masing-masing dalam mempercepatkan pemberian vaksin kepada setiap golongan yang terbabit.

“Menteri Perladangan cari setiap pekerja di setiap estet, pekebun kecil atau kawasan Felda, Menteri Pertanian pastikan setiap petani, penternak dan nelayan. Menteri Luar Bandar libatkan semua jentera luar bandarnya kerana isu tak daftar dan tak hadir banyak di luar bandar,” tegasnya.

Pemberian vaksin

Beliau berkata, pemberian vaksin juga perlu disegerakan kepada warga asing yang bekerja di negara ini.

“Vaksin bukan sekadar untuk warganegara sahaja, tapi semua. Termasuk pekerja ladang, kilang yang bukan warganegara atau pendatang Filipina yang berjuta orang di Sabah. Kalau mereka tak divaksin kita juga susah,” katanya dengan memberi contoh pemberian vaksin di Israel turut melibatkan penduduk Palestin yang bekerja di dalam negara itu serta yang tinggal di Jerusalem Timur.

Mengulas mengenai pengumuman Muhyiddin bahawa gaji menteri dan timbalannya akan dipotong selama tiga bulan dan diserahkan ke dalam Akaun Amanah Bencana, Shabery berkata, tindakan itu agak “pelik” kerana 1 Ogos hanya berbaki dua bulan sahaja lagi.

“Kita semua ada peranan dan kelemahan kita. Semua kena buat kerja. Menteri-menteri kita lebih lagi. Ada kuasa dan ada aparatus yang besar. Masa dah tak banyak, kalau Ogos tak selesai lagi, takkan nak tambah darurat lagi? Itu bukti kegagalan lebih besar.

“Hari ini 1 Jun. 1 Ogos hanya dua bulan lagi. Potong gaji tiga bulan macam tak kena. Sebab pada tanggal 1 Ogos macam-macam boleh berlaku,” katanya,” kata beliau.

Tambahnya, mesej yang hendak disampaikan menteri dan timbalan berkorban sewaktu rakyat susah, namun ia juga boleh dilihat sebagai hukuman kerana gagal menjalankan tugas. FMT

Kerah semua menteri, timbalan jayakan program vaksinasi, kata Shabery


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Waktu PRU boleh bantu, kenapa tidak untuk program vaksin?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker