Mesyuarat Ahli Parlimen BN selesai, semua ‘tutup mulut’

Mesyuarat Ahli Parlimen BN selesai, semua ‘tutup mulut’

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selesai bermesyuarat berhubung isu pembentukan kerajaan dan pencalonan Perdana Menteri Ke-10, sama ada menyokong Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen yang dihampiri petugas media untuk mengulas hasil pertemuan lebih sejam itu bagaimanapun menutup mulut ketika ditanya jika ada calon Perdana Menteri diputuskan untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum jam 2 petang ini.



Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang beredar meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini, tidak memberi sebarang kenyataan kepada media dan terus menaiki kenderaannya lalu beredar.

Begitu juga reaksi Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng, ketika ditanya sama ada beliau menandatangani surat akuan (SD) menyokong mana-mana nama Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri.

‘Tanya presiden (MCA),” katanya ringkas ketika beredar keluar bersama Ka Siong.

Terdahulu, Setiausaha Agong MCA, Datuk Choon Sin Woon berkata, mesyuarat sudah berakhir dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan BN hari ini.



Pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri Ke-10 dijangka diputuskan hari ini, terarah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. BH

Mesyuarat Ahli Parlimen BN selesai, semua ‘tutup mulut’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh



Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker