Tolak PKR, DAP untuk sebelum PRU15, bukan selepas, jelas Zahid

Tolak PKR, DAP untuk sebelum PRU15, bukan selepas, jelas Zahid

Ketetapan Umno sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP, serta Bersatu dibuat untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), bukan untuk selepasnya, kata Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, kerjasama antara blok ialah pendekatan baharu yang diyakini menjadi perintis perpaduan dan keharmonian seperti diilhamkan Yang di-Pertuan Agong.

“Kerjasama strategik ini tidak mengabaikan prinsip Umno. Perlu difahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu adalah untuk berdepan pada PRU15 dan bukannya untuk pasca pilihan raya,

“Kesinambungan politik ini tidak akan menghilangkan identiti Umno yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti, iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa.

“Umno tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap sederhana dan progresif dalam menangani perubahan,” katanya dalam Facebook.

Beliau turut menegaskan bahawa Umno menolak parti yang menggunakan agama untuk berpolitik.

“Sebaliknya, Umno secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.” FMT

Tolak PKR, DAP untuk sebelum PRU15, bukan selepas, jelas Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker