Calon BN, Sivaraj batal kempen di Padang Serai, jangka beri laluan kepada PH

Calon BN, Sivaraj batal kempen di Padang Serai, jangka beri laluan kepada PH

PADANG SERAI: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj dijangka memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Spekulasi mengenai perkara itu semakin hebat diperkatakan selepas Sivaraj membatalkan semua kempennya di Padang Serai semalam.

Pengumuman mengenai perkara itu dijangka dilakukan pimpinan negeri kedua-dua parti itu di Taman Desa Aman di sini, malam ini.

BN difahamkan mengambil keputusan itu selepas PH pada Selasa lalu mengumumkan menarik diri daripada PRU15 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman untuk memberi laluan kepada calon BN.

Difahamkan pimpinan PH dan BN negeri mencapai kata sepakat berhubung perkara itu pada mesyuarat dipengerusikan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malam tadi.

Kelmarin, Sivaraj dilaporkan berkata, beliau masih berkempen seperti biasa kerana masih belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan BN.

Beliau juga menegaskan, calon PH yang sepatutnya memberi laluan kepadanya memandangkan beliau berkhidmat di kawasan itu sejak tiga tahun lalu.

Sehingga kini, belum ada sebarang maklum balas daripada pihak Sivaraj mengenai dakwaan MIC bersetuju menarik balik pencalonannya.

Selain Sivaraj dan Mohamad Sofee, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas).

PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan penangguhan PRU15 di kerusi terbabit kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengundian. BH

Calon BN, Sivaraj batal kempen di Padang Serai, jangka beri laluan kepada PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker