Lelaki bertelekung menyamar jadi muslimat kerana mahu pancing tabung masjid [VIDEO]

KAJANG – Seorang individu yang tular memakai telekung berwarna biru ‘memancing’ duit dari tabung Masjid Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, di sini, diberkas awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian berkenaan, Khamis lalu.

“Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku apabila mangsa dimaklumkan seorang pengawal keselamatan bahawa dirinya



“Mangsa kemudiannya membuat semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek adalah seorang lelaki yang memakai telekung berwarna biru, berseluar warna hitam dan berpelitup muka.

“Suspek ketika itu cuba memancing duit daripada tabung masjid yang berada di bahagian koridor luar tepi masjid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, cubaan mencuri itu gagal apabila kelibatnya dikesan pengawal keselamatan lalu suspek terus melarikan diri sebelum sempat mencuri apa-apa.

Tambah Zaid, bertindak diatas laporan, sepasukan polis Balai Polis Bandar Baru Bangi telah menangkap suspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di Flat Kajang Mewah, di sini, pada pukul 12.30 tengah malam tadi.



“Turut dirampas sehelai baju t-shirt lengan panjang warna hitam, sehelai kain telekung warna biru dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 disyaki digunakan semasa kejadian.

“Dengan penangkapan suspek, beberapa kes berjaya diselesaikan membabitkan kecurian duit serta telefon bimbit di dalam masjid dan surau di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi,” ujarnya.

Jelas Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sarjan Muhammad Fadeli Safii di talian 012-5373134,” katanya.-KOSMO! ONLINE.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik



3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker