Tutup operasi kilang, dengar keluhan rakyat


Tutup operasi kilang, dengar keluhan rakyat

‘Dengarlah keluhan rakyat’- pemimpin Umno, PAS gesa tutup operasi kilang
Diterbitkan sejam lepas
Dikemaskini sejam lepas

Pemimpin Umno dan PAS hari ini meminta kerajaan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang berikutan jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii berkata, kebanyakan kluster baru yang dilaporkan setiap hari adalah kluster tempat kerja terutamanya di kawasan kilang.



“Dari hari pertama kerajaan umumkan ‘lockdown’, rakyat sudah mengeluh berkenaan operasi kilang-kilang yang berleluasa dan sudah memberi jangkaan kepada kerajaan bahawa kes-kes tidak dapat diturunkan oleh kerana pembukaan sektor kilang ini,” katanya dalam kenyataan.

Pun begitu, kata Razlan, kerajaan mengambil keluhan dan rungutan ini sebagai “masuk telinga kiri keluar telinga kanan”.

“Masa berjalan, rakyat semakin tertekan, sekali lagi, saya merayu, dengarlah keluhan dan keresahan rakyat agar operasi kilang-kilang ini ditutup.

“Carilah penyelesaian yang tuntas untuk menurunkan kes-kes ini,” katanya.



Jelasnya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini juga mengatakan fasa pertama kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 belum mencapai angka di bawah 4,000 kes.

“Perdana menteri boleh memberi had 4,000, namun apakah tindakan yang kerajaan akan lakukan untuk menurunkan angka ini?” soalnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari juga meminta operasi kilang ditutup sepenuhnya.

“Hentikan kluster tempat kerja, sambung PKP membebankan rakyat dan juga kerajaan.



“Pulangan yang dapat dari operasi kilang terpaksa dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk bantuan.

“Kenapa tidak hentikan terus operasi kilang yang dikenal pasti penyumbang besar kluster?” tegasnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Muhyiddin mengumumkan fasa pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini. Mk

Tutup operasi kilang, dengar keluhan rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker