Serangan harimau dahan, 32 kambing jadi mangsa


Serangan harimau dahan, 32 kambing jadi mangsa

SIK – Penduduk di empat buah kampung di Mukim Belantik di sini, kembali dihantui dengan serangan harimau dahan selepas lebih 32 ekor kambing dan puluhan ternakan lain mati dan hilang akibat dibaham haiwan liar itu sejak empat bulan lalu.

Kejadian serangan sehingga mengakibatkan penduduk kerugian ribuan ringgit itu melibatkan Kampung Pinang, Kampung Belantik, Kampung Surau, Kampung Lintang di sini.

Penduduk Kampung Lintang, Mahayuddin Mat Zain, 41, ber­kata, sebanyak 13 ekor kambing biri-biri dewasa ternakannya te­lah dibaham harimau dahan sejak Ogos lalu.



“Ayam pula habis satu reban dibaham, haiwan itu datang setiap malam. Anak-anak kam­bing pula tidak sempat kira ke­rana hilang begitu sahaja dan kerugiannya hampir RM20,000.

“Lebih kurang lima penduduk kampung yang kehilangan kam­bing dan ternakan lain seperti ayam, itik, dan angsa dan jika dihitung keseluruhan penduduk kampung hilang 32 ekor kam­bing,” kata Mahayuddin.

Katanya, selain itu ada juga penduduk kampung yang kehilangan 23 ekor itik dan dua ekor angsa.

Kejadian seumpama ini berlaku sejak Mac lalu, apabila tujuh ekor kambing biri-biri mati dan hilang dibaham harimau dahan, namun Perhilitan telah berjaya menangkap seekor harimau dahan betina di kampung itu.



Kejadian sama berulang pada Ogos lalu apabila penduduk me­ngadu banyak kambing dan ternakan mati dibaham harimau.

“Ada penduduk kampung ternampak kelibat seekor harimau dahan betina membawa anak-anaknya di pinggir kampung. Saya juga ternampak seekor harimau dahan betina datang ke kandang kambing kira-kira pukul 8 malam beberapa hari lalu.

“Harimau itu menyerang ternakan antara pukul 8 malam hingga 3 pagi, kejadian sama turut dilaporkan di Kampung Surau berhampiran kampung ini sejak bulan lalu,” katanya.

Penduduk Kampung Surau, Mohd. Asrul Abdullah, 42, ber­kata, sebanyak enam ekor kam­bing peliharaan bapanya, Abdullah Husain, 63, turut ditemui mati.



“Semalam (kelmarin), seekor lagi kam­bing mati, mungkin harimau dahan yang sama seperti aduan di tiga buah kampung lain.

“Ternakan yang mati ditinggalkan begitu sahaja, yang sempat dibawa lari pun ada dan ada juga kambing yang cedera mungkin bergelut untuk melepaskan diri daripada cengkaman harimau tersebut,” katanya.

SEEKOR kambing peliharaan Mahayuddin yang mati diserang harimau dahan di Kampung Lintang, Mukim Belantik di Sik baru-baru ini.
Katanya, pada bulan lalu dia telah membuat laporan kepada Perhilitan Daerah Sik dan negeri, namun tiada tindakan diambil.

“Pagi tadi (semalam) setelah saya mengadu ke Ibu Pejabat Perhilitan di Kuala Lumpur, baharu mereka hantar perangkap untuk menangkap harimau itu.



“Agak besar juga harimau dahan ini, bekas tapak kakinya sebesar tiga inci, banyak juga ayam yang dibunuhnya, ada yang sempat dibawa larinya, sehingga baki ayam yang ada tidak berani masuk ke dalam reban, hanya tidur di atas pokok,” ceritanya.

Semalam, dia dan bapanya terdengar bunyi bising di belakang rumah dan mendapati se­ekor kambing cedera di dada.

“Kebiasaannya harimau dahan ini akan tangkap anak-anak kambing yang kecil dahulu, kemudian baharu yang besar,” tambahnya. K Online

Serangan harimau dahan, 32 kambing jadi mangsa




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin



Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker