Ular sawa batik 60 kg ‘tumpang’ bonet MPV cikgu

Anggota APM menangkap ular sawa batik seberat 60 kilogram di dalam bonet sebuah MPV di Kampung Padang Kala, Melor dekat Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang guru wanita terkejut apabila menyedari seekor ular sawa batik seberat 60 kilogram berada di dalam bonet kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum ke sekolah di rumahnya di Kampung Padang Kala, Melor di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi semasa guru berusia 53 tahun itu memanaskan enjin MPV jenis Toyota Unser miliknya sementara bersiap-siap untuk ke sekolah.

Ketua Operasi Pusat Kawalan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Siti Nur Zakiah Abdul Halim berkata, guru itu pada awalnya pelik apabila terdengar bunyi dari bahagian bonet MPV itu semasa memanaskan enjin.

Menurutnya, curiga dengan bunyi itu, guru berkenaan terus membuka bonet kenderaaannya sebelum mendapati seekor ular sawa batik berada pada bahagian bateri.



“Wanita itu terus menghubungi panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.25 pagi sebelum seorang pegawai dan empat anggota APM bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan ular sawa batik sepanjang tiga meter itu menggunakan alat khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Siti Nur Zakiah, ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah dan diletakkan dalam sangkar sementara menunggu pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambilnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker