Lori ‘balun’ lorong tol, brek gagal berfungsi

 

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan patah tangan kiri dan kedua-kedua kaki setelah lori yang dipandunya gagal dikendali lalu merempuh lorong tol RFID di Plaza Tol Ayer Hitam, di sini, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya telah dikejarkan ke lokasi setelah mendapat panggilan kecemasan sekitar pukul 2.52 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan yang dipandu seorang lelaki.

“Lori berkenaan difahamkan terbabas lalu merempuh lorong tol RFID, dipercayai akibat kegagalan fungsi brek.

“Ekoran rempuhan yang berlaku itu, mangsa yang berusia 29 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan patah tulang lengan sebelah kiri serta patah kedua-dua belah kaki,” jelasnya.

Menurut Norazam, mangsa tersepit selama setengah jam akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas semasa operasi sedang dijalankan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker