Influencer permotoran ditahan polis kes ugut sebar video lucah

PETALING JAYA: Influencer permotoran ditahan polis kelmarin selepas didakwa mengugut bekas teman wanitanya untuk menyebarkan video lucah di media sosial.

Lelaki berusia 22 tahun itu kini direman bermula semalam sehingga Selasa ini bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamed Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 21 tahun pada pukuk 5.40 petang, Rabu lalu.



Katanya, mangsa mendakwa menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya yang dikenali pada 2020.

“Kira-kira pukul 3.30 petang pada 19 Oktober lalu, suspek telah menghantar pesanan melalui WhatsApp mengajak mangsa keluar pada 11.00 malam.

“Bagaimanapun wanita tersebut telah menolak ajakan suspek namun lelaki itu turut menggugut mahu menyebarkan video bersamanya melakukan hubungan terlarang di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Ariffin, pengadu merasa takut dan tertekan dengan ugutan suspek dan membuat laporan polis.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)



Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker