Cristiano Ronaldo menangis Portugal tersingkir di suku akhir

DOHA, QATAR – Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dilihat menangis selepas pasukan Portugal tersingkir daripada Piala Dunia Qatar selepas dikalahkan oleh Maghribi dalam kemenangan mengejut semalam, lapor akhbar Daily Star.

Bekas pemain kelab Manchester United itu keluar daripada  tempat duduk pemain simpanan pada separuh masa kedua setelah dinafikan untuk turun ke padang bagi perlawanan kedua berturut-turut.

Bagi pasukan Maghribi, mereka mencipta sejarah apabila muncul sebagai negara Afrika pertama berjaya mara ke perlawanan separuh akhir.



Namun bagi Ronaldo, ia merupakan suatu kekecewaan ketika dia gagal dalam apa yang dia pernah katakan mungkin menjadi aksi terakhirnya.

Ketika wisel penamat dibunyikan apabila pemain-pemain pasukannya memberi penghargaan kepada penyokong Portugal dan mengucapkan tahniah kepada pemain Maghribi, Ronaldo melangkah keluar dari padang dan berjalan ke arah laluan terowong sambil diiringi air mata.

Seorang jurukamera yang mengekorinya merakam aksi bintang bola sepak itu menangis dalam keadaan teresak-esak.

Kini, Ronaldo telah pulang ke rumahnya, tanpa bermain dalam sebarang kelab selepas dia meninggalkan Manchester United ketika bermain untuk pasukan Portugal di Qatar. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker