Kerajaan wajib beri diskaun lebih banyak pada bil elektrik

Kerajaan wajib beri diskaun lebih banyak pada bil elektrik

Kerajaan wajib beri diskaun lebih banyak pada bil elektrik

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri persekutuan menggesa pemberian diskaun lebih tinggi untuk bil elektrik kerana lebih ramai orang terpaksa berada di rumah untuk bekerja dan belajar ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bekas menteri tenaga, teknologi, sains, perubahan iklim dan alam sekitar Yeo Bee Yin berkata, penjimatan daripada dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dan Akaun Amanah Bekalan Industri Elektrik (AAIBE) patut digunakan untuk memberikan diskaun, khasnya untuk golongan B40, M40 serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Susulan pelaksanaan PKP 3.0, katanya, ramai orang berada rumah untuk bekerja atau belajar kerana sekolah hanya akan dibuka paling awal pada September dan pembukaan semula ekonomi menjelang Disember.

“Salah satu kesan sampingan duduk di rumah adalah bil elektrik yang melambung tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dianggarkan masih ada dana mencukupi dalam KWIE kerana harga arang batu global terus merosot pada separuh kedua 2020, kenaikan harga gas paip yang dijadualkan, pemulihan harga arang batu global, potensi penjimatan kos penjanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dan rebat Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang sederhana.

Katanya, terdapat juga komitmen daripada penjana kuasa bebas (IPP) untuk membayar hutang tertunggak 10 tahun mereka kepada AAIBE berjumlah RM105.5 pada akhir 2020 yang boleh digunakan untuk mengurangkan impak tarif.

“Kita kini hidup dalam masa luar biasa. Penjimatan KWIE dan AAIBE yang dilaksanakan sebelum ini untuk menghadapi hari sukar seperti kini. Walaupun penting untuk mengurus jangkaan pengguna terhadap tarif berdasarkan harga bahan api, lebih penting untuk membantu rakyat biasa bagi melalui masa-masa sukar ini.”

Yeo menggesa Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah memanfaatkan dana KWIE dan AAIBE serta jika boleh, mendapatkan dana tambahan daripada Kementerian Kewangan untuk merancang Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) 2.0 yang komprehensif.

Katanya, ia untuk membantu keluarga B40 dan M40 serta PKS tanpa memberi subsidi secara menyeluruh kepada industri yang meraih keuntungan berganda ketika pandemik seperti industri pembuatan sarung tangan.

Agong berhak tetap tarikh Parlimen bersidang tanpa nasihat PM

Kerajaan wajib beri diskaun lebih banyak pada bil elektrik


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker