Keputusan Agong, Majlis Raja-Raja tidak boleh dipertikai

Sebaran :

 

Keputusan Agong, Majlis Raja-Raja tidak boleh dipertikai

Keputusan Agong, Majlis Raja-Raja tidak boleh dipertikai

SHAH ALAM – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan kerajaan yang dilihat masih dolak-dalik dalam memberi respons terhadap pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja agar sidang Parlimen wajar diadakan segera.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menerusi ciapan di Twitter turut melontarkan persoalan adakah negara ketika ini berdepan dengan krisis Perlembagaan susulan cara kerajaan menguruskan titah diraja tersebut.

“Keputusan diraja tidak boleh dipertikaikan. Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sebulat suara bersetuju bahawa kedaulatan Parlimen menjamin pentadbiran negara yang lebih baik,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Pada Rabu, Al-Sultan Abdullah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah perkara itu perlu dilaksanakan bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Pendirian Seri Paduka Baginda itu turut disokong raja-raja Melayu bahawa tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos ini.

Speaker kata PM berkuasa tetap tarikh parlimen

Keputusan Agong Majlis Raja-Raja tidak boleh dipertikai


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku

 


Sebaran :

Leave a Reply