Aaron tiada sasaran khusus di Kejohanan Dunia

Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia mengakui tidak meletakkan sebarang sasaran peribadi pada Kejohanan Dunia kali ini, sebaliknya mahu menjadikan saingan itu sebagai medan persediaan menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) tahun depan.
Jelas Aaron, tumpuan utama ketika ini adalah untuk memberikan aksi terbaik selepas beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan dia tidak dapat beraksi pada tahap terbaik sebelum ini.
Pada Kejohanan Dunia yang akan bermula Isnin ini, Aaron-Soh Wooi Yik akan kembali bergandingan semula selepas kali terakhir mereka beraksi bersama di Terbuka Indonesia pada awal Jun lalu.
“Bagi saya, saya rasa tidak ada sasaran untuk kali ini sebab memang beberapa bulan ini kita pun tidak melakukan yang terbaik. Yang penting adalah persediaan untuk kelayakan LA28 tahun depan,” katanya yang ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelaksanaan Projek Sumber, Bekalan Air Utama Terus Dipercepat – Onn Hafiz
- Kerajaan Negeri Pahang Komited Perkasa Ekosistem Ekonomi
Pada masa sama, Aaron melihat kesefahaman bersama Wooi Yik tidak menjadi masalah besar kerana mereka sudah lama berpasangan dan masing-masing mengetahui corak permainan yang perlu ditampilkan di dalam gelanggang.
Ditanya mengenai kemungkinan berdepan dua lagi pasangan Malaysia sekiranya mereka mara ke separuh akhir, Aaron berkata siapa juga yang layak tidak menjadi persoalan kerana perkara paling penting adalah kejayaan negara.
Jika melihat kepada undian, sekiranya wakil negara beraksi cemerlang, kemungkinan besar Aaron-Wooi Yik akan bertemu beregu profesional negara, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Rumsani di separuh akhir.
Namun sebelum itu, pilihan keempat kejohanan itu akan bertemu terlebih dahulu rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun di pusingan 16 terbaik sekiranya melepasi halangan di pusingan kedua.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putatan Terus Bersama Rakyat, Prihatin Keperluan Semasa
- Johari, Onn Hafiz Bincang Usaha Perkukuh Pelaburan Johor
National Mosque Open Day 2026: Masjid Tuminah Hamidi Semarak Ukhwah
Selain tiga pasangan berkenaan, Arif Junai-Yap Roy King turut akan beraksi di Kejohanan Dunia itu namun mereka terpaksa bermula di pusingan pertama berbanding rakan-rakan lain yang mendapat ‘bye’ di pusingan awal.
Di pusingan 64 terbaik nanti, Arif-Roy King akan bertemu wakil Vietnam, Dinh Hoang Nguyen-Dinh Manh Tran dan sekiranya menang, menanti mereka adalah pilihan ke-12 dari Indonesia, Raymond Indra–Nikolaus Joaquin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.