Speaker kata PM berkuasa tetap tarikh parlimen

Sebaran :

Speaker kata PM berkuasa tetap tarikh parlimen

Speaker kata PM berkuasa tetap tarikh parlimen

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkuasa untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan kembali sidang parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Katanya, komitmen Muhyiddin terhadap usaha untuk mengadakan sidang parlimen sekitar September atau Oktober ini juga dianggap sebagai ‘rasional’.

“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau berhak memanggil sidang mengikut perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut.

“Antaranya kerana angka Covid-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara semalam, Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Buka Parlimen atau Muhyiddin berundur

Bagaimanapun, menurut Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri harus menasihati baginda mengenai tarikh parlimen akan kembali bersidang.

Perintah Tetap Dewan Rakyat juga menyatakan bahawa perdana menteri perlu memutuskan sekurang-kurangnya 28 hari lebih awal sebelum Dewan Rakyat bersidang.

Muhyiddin baru-baru ini berkata, parlimen boleh bersidang semula apabila pelan pemulihan negara berkaitan Covid-19 memasuki fasa ketiga.

Peralihan ke fasa ketiga akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh. Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata Agong tidak menetapkan tarikh bilakah parlimen akan bersidang dan hanya menintahkan agar ia diadakan secepat mungkin.

Namun Takiyuddin menjangkakan parlimen akan kembali bersidang selewat-lewatnya pada September ini.

Speaker kata PM berkuasa tetap tarikh parlimen


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku

 


Sebaran :

Leave a Reply