PDRM tawar diskaun saman trafik sehingga 50 peratus

Diskaun kompaun saman trafik

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata tawaran pengurangan kompaun saman trafik tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

“PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM https://[email protected], muat turun aplikasi di telefon pintar.

“Aplikasi MyBayar saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.

“Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

PDRM tawar diskaun saman trafik sehingga 50 peratus


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker