Biodata Intan Najuwa – Artis , Pelakon dan Model

Biodata Intan Najuwa - Artis , Pelakon dan Model
Intan Najuwa – Artis , Pelakon dan Model

Biodata Intan Najuwa, Latar Belakang dan Profail. Berkerjaya sebagai seorang  Artis , Pelakon dan Model, Intan Najuwa atau Nama Penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid lahir pada tanggal  18 Ogos 1997. Beliau  merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, dan beliau juga telah digandingkan bersama pelakon senior Remy Ishak di dalam Kekasih Paksa Rela sebagai Hanan Khaira.

Intan juga dikenali menerusi drama Setelah Ku Dimiliki bersama pelakon terkenal Zul Ariffin. Selain itu, sebelum beliau bergelar artis, beliau juga merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.

Hantaran perkahwinan Intan Najuwa bernilai RM222,000

Kerjaya

Intan Najuwa memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures.

Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya.

Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.

Pada tahun 2019 beliau digandingkan dengan hero malaya Zul ariffin dalam drama Setelah ku dimiliki . Drama tersebut menarik minat dan perhatian ramai kerana keserasian mereka nampak seperti bukan dalam lakonan.

Beliau bertunang dengan seorang usahawan Razrul Anwar pada 18 Ogos 2019. Pertunangan mereka berakhir pada 26 Februari 2020 kerana tiada persefahaman selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Biodata Intan Najuwa – Artis , Pelakon dan Model

Intan Najuwa
Kelahiran
Intan Najuwa binti Abdul Wahid

18 Ogos 1997 (umur 23)

Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model, penulis blog
Tahun aktif 2015–kini
Taraf Perkahwinan Solo

FOTO

Biodata Intan Najuwa - Artis , Pelakon dan Model

Biodata Intan Najuwa - Artis , Pelakon dan Model

Biodata Intan Najuwa - Artis , Pelakon dan Model

Baca berkaitan : Bulan puasa ni tutuplah sikit – netizen tegur baju Intan Najuwa

Kunjungi kami Di FB MYKMU

Zul nafi jadi punca Intan Najuwa putus tunang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker