Gelombang ketiga Covid-19 pasti melanda UK – Saintis


Gelombang ketiga Covid-19 pasti melanda UK – Saintis

LONDON – Gelombang baharu jangkitan koronavirus ‘pasti melanda’ England disebabkan penularan varian Delta yang pertama kali dikesan di India, kata seorang saintis penasihat kerajaan Britain.

“Persaingan berlaku antara program vaksin … dan gelombang ketiga varian Delta,” kata profesor Adam Finn, Anggota Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI).

Mengakui berlaku lonjakan kes jangkitan baru-baru ini, Finn memberitahu BBC: “Mungkin kita sedikit optimis ia tidak akan naik begitu cepat, tetapi tetap akan naik – jadi gelombang ketiga ini pasti berlaku”.



Menurutnya, jumlah kes varian Delta yang paling tinggi adalah dalam kalangan kanak-kanak berusia 16 hingga 25 tahun manakala golongan tua masih ‘berkemungkinan besar akan berakhir di hospital’.

Oleh itu, katanya, penekanan utama ketika ini adalah memberi imunisasi pada orang dewasa kerana mereka lebih menderita jika terkena jangkitan, katanya.


Penerima vaksin AstraZeneca dikatakan mampu melawan varian Delta.

Sementara itu, ahli epidemiologi, Mike Tildesley berharap kemasukan pesakit ke hospital di Britain tidak berada pada skala yang sama seperti bulan Januari lalu.



Tildesley yang juga Anggota Kumpulan Ilmiah Pandemi Influenza Mengenai Pemodelan (SPI-M), badan penasihat kerajaan berkata, kes-kes telah “menular dengan stabil” sejak sebulan lalu “tetapi kita belum melihatnya dalam aspek dalam kemasukan dan kematian di hospital”.

Data yang diterbitkan oleh Public Health England baru-baru ini menunjukkan vaksin AstraZeneca menyaksikan 92% berkesan terhadap kemasukan ke hospital akibat varian Delta setelah dua dos dan vaksin Pfizer 96 peratus berkesan dengan dua dos.

Lebih daripada 42.4 juta orang telah diberi suntikan pertama vaksin koronavirus sementara lebih daripada 30.8 juta orang telah mendapat vaksin sepenuhnya, menurut angka rasmi terkini. MG

Gelombang ketiga Covid-19 pasti melanda UK – Saintis




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan terima unta tua masuk PH lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker