Aizat Amdan selangkah ke peringkat antarabangsa

Sebaran :


Penyanyi Aizat Amdan, 32, tidak menyangka lagu sulungnya berjudul The Last Thing untuk pasaran antarabangsa diperdengar dalam program kelolaan Zane Lowe di Apple Music, semalam.

Kini menjenamakan diri sebagai AI.Z, Aizat berkata, dia sendiri terkejut lagu itu dipilih sedangkan pelancaran rasmi lagu ciptaannya bersama Yuna dan terbitan Kuizz itu sepatutnya dibuat, Sabtu ini.

“Sekian lama saya mengimpikan untuk menembusi pasaran antarabangsa, tak sangka rezeki itu datang cepat selepas Lowe mainkannya dalam program beliau. Semestinya perasaan saya sukar digambarkan.



“Saya ingat ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mampu berbuat demikian. Apatah lagi saya sendiri baru saja bertatih untuk mencuba nasib di pasaran antarabangsa.

“Saya harus berikan kredit kepada pengurusan Yuna iaitu Yuna Room Records yang membantu realisasikan impian itu. Ia sekali gus menguatkan lagi semangat saya untuk menggapai impian bergelar artis antarabangsa,” katanya.

Berkongsi mengenai projek terbabit, Aizat berkata, ia tercetus secara tidak sengaja tahun lalu. Dia juga mengambil masa lebih setahun untuk mempersiapkan jenama baharunya sebagai AI.Z.


“Cerita sebenarnya, saya dan Yuna serta pasukannya lepak-lepak di studio sambil main muzik. Lalu, tercetuslah idea untuk buat projek itu selepas Yuna sarankan saya hasilkan lagu Inggeris.

“Sejujurnya ia sangat mencabar kerana beberapa kali sebutan Inggeris saya diperbetul oleh Yuna. Saya rasa bagaikan baru belajar menyanyi semula.

“Untuk tujuan pasaran antarabangsa, saya memang akan gunakan nama AI.Z tapi kalau di Malaysia masih tetap Aizat Amdan. Saya juga terbuka untuk sebarang peluang mendatang sekiranya dijemput ke Amerika Syarikat misalnya bagi tujuan promosi,” katanya. HM

Hatta Dolmat Cabar Netizen Jika Benar Dia Sebut Nama…‘Korek Cungkil Apa Saya Cakap’


Sebaran :

Leave a Reply