Hatta Dolmat Cabar Netizen Jika Benar Dia Sebut Nama…‘Korek Cungkil Apa Saya Cakap’

Baru-baru hari ini, nama pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menjadi bualan netizen di beberapa blog hiburan yang memiliki jutaan pengikut di media sosial.  Bagi Murai MY, jutaan pengikut ini bukanlah membawa kebaikan namun lebih mengundang kepada perbalahan dan melagakan-lagakan dua pihak sehingga mendatangkan fitnah.

Inilah terjadi kepada Hatta yang tak pasal-pasal menjadi kecaman netizen gara-gara kenyataannya di putar-belitkan sewenang-wenangnya oleh pihak tak bertanggungjawab.

Lebih mengejutkan, Hatta menerima tuduhan kononnya tidak mengakui Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu tanah air.



Kenyataan Diputar Belitkan

Murai MY mendekati Hatta untuk mendapatkan sedikit ulasan tentang hal ini sekaligus memberi penjelasan yang dapat menjernihkan keadaan.

“Hatta tahu benda tu dah berlarutan hampir seminggu. Apa pun yang boleh Hatta cakap kenyataan Hatta di putar belitkan. Kalau tengok posting Hatta sebelum ini hanya  pasal Yuna di Time Square New York”- katanya

Hatta berkata, dia sebenarnya hanya mahu menunjukkan rasa bangganya terhadap artis tempatan Yuna Zarai, yang sering mengharumkan nama Malaysia di luar negara

“Hatta sebagai rakyat malaysia sangat bangga sebab sekian kalinya Yuna mewakili kita mengharumkan nama Malaysia, tatkala Malaysia penuh dengan berita-berita tak menyenangkan. People all mad we understand.”



Demi mengelakkan kekeliruan di kalangan netizen, Hatta menjelaskan maksud di sebalik posting sebelum ini;

“While Malaysian fans here “ dia penyanyi no 1, oh bukan dia ni penyanyi no satu”- maksud Hatta, kita di sini masih ada lagi melabel labelkan siapa sepatutnya nombor satu sedangkan kelebihan seseorang penyanyi itu tidak boleh nilai berdasarkan siapa nombor 1, itu maksud Hatta.”- ujarnya

Hatta menegaskan, dia tidak sesekali menyebut mana-mana nama dalam posting tersebut. Malah dia tidak menyebut hal ini di mana-mana media.

“Hatta pun tak sekali pun menyebut, tulis atau letak nama Dato Sri Siti Nurhaliza dan tiba-tiba Hatta terus di kecam. Hatta tidak  sebut ini di mana mana media, dan Hatta tak balas mana-mana kecaman sebab Hatta tak perlu jelaskan pada benda yang Hatta tak cakap dan tak buat.”- jelasnya kepada Murai MY

Cabar Netizen



Sementara itu, Hatta mencabar netizen di luar sana jika benar dia ada menyebut nama Siti bolehlah tampil tunjukkan bukti kepadanya.

“Hatta tak tahu dari mana perkataan yang Hatta munculkan nama Dato Siti,  atau ada ke video Hatta cakap cakap directly nama Datuk Siti. Buktikan kalau ada satu nama Datuk Siti dari posting Hatta. Hatta cabar semua netizen. Boleh pergi suruhanjaya komunikasi dan media. Korek cungkil apa Hatta cakap”- katanya.

Akhir sekali, Hatta menitip ucapan buat Siti dan semua peminat dan mendoakan kebaikan kepada semua penyanyi di Malaysia.-Murai

“I Rasa Penyanyi Nombor Satu Bukan Dia” ..🥱– Hatta Dolmat Dikecam Netizen



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker