Agong terima menghadap pemimpin politik, dengar isu semasa negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengumpul maklumat berkenaan isu-isu semasa negara termasuk Covid-19 apabila menerima menghadap beberapa pemimpin parti politik secara berperingkat bermula semalam.

Pertemuan membabitkan empat pemimpin bermula mesyuarat pra-Kabinet dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu difahamkan membincangkan isu-isu berkaitan Covid-19, kesihatan, ekonomi dan politik.

Walaupun bertiup kencang desas-desus pertemuan tersebut konon membabitkan pertukaran kerajaan, Istana Negara bagaimanapun dalam satu kenyataan menjelaskan maklumat daripada pertemuan itu akan dibentangkan dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara 16 Jun ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, perbincangan Rabu depan merupakan inisiatif Al-Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan oleh Seri Paduka sendiri bagi membincangkan usaha memerangi penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Menurut beliau, perbincangan khas itu adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama perbincangan khas raja-raja Melayu dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober tahun lalu di Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pertemuan semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada pukul 10.36 pagi diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekitar pukul 2 petang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu (3 petang).

Muhyiddin Yassin sebelum itu tiba pada pukul 7.49 pagi.

Pencapaian SPM 2020 terbaik dalam tempoh 5 tahun

Anwar ketika ditemui di pekarangan Istana Negara memberitahu, Seri Paduka amat cakna tentang perkembangan mengenai Covid-19 serta masalah berkaitan ujian saringannya, pemberian vaksin dan peningkatan kes kematian.

Katanya, selain pemimpin politik, Agong juga mendapatkan pandangan daripada pakar berkaitan termasuk Ahli Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman.

“Jadi, saya rasa hal ini harus diketahui oleh masyarakat bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya ada menyampaikan hal-hal sedemikian kerana kearifan dan maklumat yang Seri Paduka ikuti.

“Saya pun jelaskan hal-hal ini kerana ada persepsi yang berbeza, seolah-olah hal ini tidak dilakukan, yang lain kita bincang soal kedudukan dalam negara, keyakinan rakyat, pelabur dalam dan luar negara yang meminta supaya ada satu perubahan peralihan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng dalam sidang akhbar berasingan menyerahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka dalam menilai keberkesanan dasar kerajaan untuk membendung penularan Covid-19 dan penyelesaian krisis ekonomi.

“Sudah tentu saya ada berikan pandangan, bukan sahaja bagi pihak parti tetapi juga daripada rakyat. Saya rasa Yang di-Pertuan Agong memang faham tentang perkara ini dan serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad pula menyuarakan pandangan mengenai kepentingan membuka Parlimen agar permasalahan rakyat dapat diatasi serta dasar kerajaan untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi diketahui.

“Tentang Parlimen, saya mohon supaya dibuka semula, boleh bersidang seperti di United Kingdom (UK), di tengah-tengah pandemik paling teruk, sidang Parlimen (di sana) lagi kerap kerana rakyat hendak tahu apa program kerajaan untuk mengatasi Covid-19 ini.

“Seri Paduka mendengar dengan teliti segala hujah-hujah kita. Kita tidak bincang soal (keabsahan) kerajaan sebaliknya soal rakyat sudah ada sampai ke peringkat pergi ke pejabat pusat khidmat ambil makanan kerana mereka tak ada pendapatan lagi,” katanya.

Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menjunjung titah Seri Paduka sebelum ini yang meminta supaya dihentikan segala politicking.

Katanya, Pas akan terus bersama Perdana Menteri bagi menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

“Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politicking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana Covid-19 yang sebegini rupa,” katanya.

Pertemuan bersama pemimpin politik diteruskan hari ini melibatkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pukul 2.30 petang sementara Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, 3.30 petang.

UMNO dilapor menjadi parti terakhir apabila pemimpinnya dijadual menghadap Seri Paduka pada esok (11 Jun), bagaimanapun Pas pula masih belum mengesahkan tarikh pertemuan susulan Abdul Hadi masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam pada itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam satu kenyataan memaklumkan Istana Negara menjemput pemimpinnya bagi menyertai sidang video bersama Seri Paduka pada 14 Jun.

Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?

Agong terima menghadap pemimpin politik, dengar isu semasa negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pemandu maut setelah kereta terbabas langgar penghadang plaza tol

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker