Wabak demam campak makin dahsyat, Bangladesh rawat lebih 32,000 kes

Wabak demam campak makin dahsyat, Bangladesh rawat lebih 32,000 kes

Wabak demam campak makin dahsyat, Bangladesh rawat lebih 32,000 kes
:Kanak-kanak pesakit campak menerima rawatan di wad pediatrik di sebuah hospital di Dhaka pada 9 April lalu. – AFP

DHAKA – Hospital-hospital di Bangladesh bergelut menangani wabak demam campak yang belum pernah berlaku sebelum ini ketika doktor-doktor berusaha mengasingkan dan merawat beratus-ratus pesakit kanak-kanak pada setiap hari, lapor akhbar Arab News semalam.

Bangladesh berdepan wabak campak paling membawa maut dalam sejarah terdekatnya berikutan gangguan terhadap program vaksinasi besar-besaran sepatutnya berlangsung  pada 2024 hingga 2025.

Program itu tergendala disebabkan kekacauan politik akibat protes kumpulan pelajar  yang menggulingkan kerajaan sebelum ini.

Jumlah jangkitan dilaporkan dan kematian berkaitan demam campak meningkat sejak 15 Mac lalu, dengan lebih 32,300 kes dan sekurang-kurangnya 259 kanak-kanak meninggal dunia, demikian menurut data Direktorat Besar Perkhidmatan

Sejak wabak itu bermula, sekitar 1,000 orang dimasukkan ke hospital setiap hari, dengan separuh daripada mereka di Dhaka. Pesakit turut dirujuk dari wilayah lain yang tidak mempunyai penjagaan penyakit berjangkit secara khusus.Kesihatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


Di Hospital Penyakit Berjangkit Mohakhali, wadnya beroperasi melebihi kapasiti.

“Semua katil penuh dan kami terpaksa menempatkan pesakit di koridor.

“Ini adalah hospital 100 katil yang dikhaskan untuk rawatan penyakit berjangkit lain juga. Namun, pada masa ini, disebabkan kecemasan kesihatan, kebanyakan usaha kami tertumpu kepada menangani pesakit campak, dengan kebanyakan mereka kanak-kanak,” kata perunding kanan hospital itu, Dr. Ariful Bashar kepada Arab News.

Demam campak adalah penyakit bawaan udara yang sangat berbahaya bagi kanak-kanak bawah usia lima tahun. Pengasingan yang betul adalah salah satu masalah logistik terbesar yang dihadapi oleh perkhidmatan kesihatan Bangladesh. -AGENSI

Wabak demam campak makin dahsyat, Bangladesh rawat lebih 32,000 kes

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker