Hampir sampai puncak, pendaki bertempiaran lari
Hampir sampai puncak, pendaki bertempiaran lari

BANDAR GUATEMALA – Sekumpulan pendaki bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri selepas sebuah gunung berapi meletus di Guatemala, lapor majalah People semalam.
Kumpulan itu dirakam cuba menyelamatkan diri apabila Gunung Santiaguito meletus baru-baru ini.
Selepas mendaki menghampiri puncak, mereka segera berpatah balik apabila kawah gunung berapi menghamburkan abu dan asap tebal.Kembara & Berkhemah
Awan abu yang besar kelihatan memenuhi langit semasa kumpulan pendaki itu menuruni laluan pendakian dikenali sebagai El Paso de la Muerte atau Laluan Maut.
Lelaki yang merakam klip video itu, Carlos Enrique Porres Rodas berkata: “Santiaguito adalah salah satu gunung berapi aktif yang paling berbahaya di rantau Amerika Latin.” – AGENSI
Hampir sampai puncak, pendaki bertempiaran lari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.