Sabastian Sawe cipta sejarah, pelari pertama tamatkan maraton kurang 2 jam

Sabastian Sawe cipta sejarah, pelari pertama tamatkan maraton kurang 2 jam

Sabastian Sawe cipta sejarah, pelari pertama tamatkan maraton kurang 2 jam
Sawe melepasi garisan penamat di acara Maraton London 2026, tengah London semalam. – AFP

LONDON – Atlet Kenya, Sabastian Sawe memecahkan rekod dunia apabila menamatkan larian maraton dalam masa kurang dua jam pada acara Maraton London semalam, lapor akhbar Metro UK.

Sawe, 31, menamatkan larian sejauh 42 kilometer dalam masa 1 jam, 59 minit dan 30 saat, lebih seminit lebih pantas daripada pemegang rekod sebelumnya.

Ia sekali gus menjadikannya atlet pertama menamatkan larian maraton dalam masa kurang 2 jam.

Sawe mengekalkan rentak rekod dunia semasa awal larian, namun memecut pantas pada fasa akhir untuk mengatasi rekod Kelvin Kiptum iaitu 2 jam dan 35 saat yang dicatatkan dalam tahun 2023.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir. Mereka banyak membantu. Saya berasa sangat gembira, kuat dan bersemangat,” kata Sawe.

Sementara itu, naib juara, Yomif Kejelcha dari Ethiopia turut memecahkan rekod masa kurang dua jam apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 59 minit dan 41 saat. – AGENS

 

Sabastian Sawe cipta sejarah, pelari pertama tamatkan maraton kurang 2 jam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker