Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz

Sebaran :

Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz

Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz

“MANA Mamu? Kami tunggu komen Mamu!”

Lucu pula membaca semua komen netizen dalam setiap hantaran Instagram si cantik, Azira Shafinaz.



Rata-rata mereka sangat teruja menunggu komen selain meneka apakah emoji atau ayat yang akan ditulis oleh Mamu atau Sharnaaz Ahmad.

Mungkin keterujaan netizen disebabkan Sharnaaz kerap meninggalkan emoji hati berwarna merah dan berbalas komen dengan Azira.

Sayangnya, sehingga kini maksud emoji hati tersebut masih menjadi tanda tanya ramai. Menunggu jawapan Azira atau Sharnaaz seperti digantung tidak bertali bak kata netizen.



Sabar sahajalah, mungkin Sharnaaz mahupun Azira belum bersedia untuk berkongsi kepada umum. Jika ada perkara baik, jangan disorok lama-lama pula, ramai yang mendoakan untuk anda berdua. K Online

Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET



 

Sharnaaz Ahmad Punca Keretakan Hubungan Azira Shafinaz De FAM Dengan Yasser? Ini Penjelasan Tuan Punya Badan..


Sebaran :

Leave a Reply