Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang



Sebaran :

Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang

Kalau belah utara dipanggil gulai ikan temenung, tempat lain orang sebut kari ikan kembung. Benda yang sama saja tau.

Serious sedap, rempah karinya bau lain sikit. Berulang kali mencium tangan selepas makan baunya memang masih melekat. Kari yang kuahnya pekat melekat di ikan, bukan yang jenis licin dan berenang renang dengan minyak. Sedap dengan kuah pekat melekat dan rasanya masam.



Jom layan resepi gulai ikan temenung ni.

Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang

Bahan utama:

4 ekor ikan temenung (kembung)
1 biji kelapa – 900 ml santan
1 kepal asam jawa/asam keping
Garam
6-7 sudu besar minyak masak



Bahan A:

6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
1 pelepah daun kari

Bahan B:



1 paket 25 gram rempah kari ikan cap O
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan C:

6 batang kacang bendi
1-2 biji buah tomato
1 tangkai cili merah



Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dengan daun kari sehingga wangi dan garing.

Bila dah garing, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan bawang bawang tumbuk. Masukkan sekali air asam jawa dan garam. Tumis sehingga benar benar garing wangi dan pecah minyak. Kalau warna oren lagi tu namanya gulai tak jadi. Nota: boleh juga masukkan sedikit serbuk jintan putih bersama pes kari.



Setelah pecah minyak, masukkan sedikit air. Setelah air mendidih, baru dimasukkan santan. Kacau rata sehingga mendidih dan kuah cantik hampir terbit minyak.

Bila dah mendidih, baru dimasukkan ikan dengan kacang bendi dan cili hidup. Bila kacang bendi dah lembut, masuk buah tomato. Masak selama 3 minit bolehlah ditutup api.

Nota:



Kari mesti pecah minyak, warna merah dan menpunyai rasa masam.

Azie Kitchen


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Siakap Stim Taucu


Sebaran :


Leave a Reply