Pengantin mati pada malam pertama

Sebaran :


Pengantin mati pada malam pertama

Brasilia: Seorang pengantin perempuan di Brazil meninggal dunia pada malam pertama selepas berkahwin dengan suaminya.

The Sun melaporkan insiden itu berlaku pada 10 Jun lalu di bandar Ibirite, Minas Gerais, Brazil.

Mangsa yang berusia 18 tahun dilaporkan kelihatan tidak sihat kemudian pengsan dengan tiba-tiba ketika melakukan hubungan intim dengan suaminya.

Ia menyebabkan suami mangsa yang berusia 29 tahun, panik dan segera berlari keluar untuk mendapatkan bantuan daripada jirannya.

Mereka cuba menghubungi teksi untuk membawa mangsa ke hospital.

Namun, dia tidak mendapat kerjasama pemandu yang enggan mengambil wanita itu sebagai penumpang kerana bimbang akan jangkitan Covid-19.

Akhirnya, suami mangsa menghubungi ambulans untuk untuk bantuan.

Sebaik pasukan perubatan tiba, mereka dapati mangsa sukar bernafas.

Namun, wanita itu tidak sempat diselamatkan apabila meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut suami mangsa, dia terpaksa menunggu selama sejam untuk ambulans tiba dan yakin isterinya mungkin dapat diselamatkan jika pasukan perubatan datang lebih awal.

Bagaimanapun, jurucakap perkhidmatan ambulans memaklumkan kenderaan pertama dibatalkan dan yang kedua, tiba dalam tempoh 21 minit.

Berdasarkan hasil bedah siasat, polis mengesahkan tiada kesan kecederaan atau pembunuhan ditemui pada badan mangsa.

Sementara itu, jiran terdekat memberitahu yang mereka tidak mendengar jeritan, tangisan meminta tolong atau suara aneh pada hari kejadian.

Difahamkan, suami mangsa terlalu sedih dan tidak dapat menerima kenyataan dengan pemergian mengejut isterinya. HM

Pengantin mati pada malam pertama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri bela anak ikan


Sebaran :

Leave a Reply