Tutup semua sektor selama 2 minggu


Tutup semua sektor selama 2 minggu. Kluster pekerjaan semakin banyakjadi wajar tutup semua sektor selama 2 minggu.

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa di laman Twitter Kementerian Kesihatan (KKM) @KKMPutrajaya apabila kes positif Covid-19 masih mencatatkan ­angka melebihi 5,000.

Mereka mendakwa pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ketika ini gagal menunjukkan penurunan kes walaupun Fasa Pertama PKP penuh tamat pada 14 Jun lalu.

Dakwa mereka lagi, PKP penuh yang dijalankan ketika ini gagal menurunkan kes jika masih banyak sektor seperti perkilangan masih dibenarkan beroperasi.

Jelas mereka, sektor perkila­ngan dan pembuatan dipercayai menjadi penyumbang terbesar kes positif Covid-19 ketika ini.

Justeru, mereka menggesa kerajaan menutup sementara operasi kilang dan sektor pembuatan dalam usaha mengurangkan kes Covid-19 di negara ini seperti ciapan ditinggalkan oleh @ekinnroslan.

“Tutup sahaja kilang untuk dua minggu, lakukan lockdown penuh, kalau macam ini sampai ke sudah kes tak turun-turun.

“Bila boleh balik jumpa ­parents tak kesian ke pada yang terkesan lama ini yang kena buang kerja, semua orang nak Covid-19 cepat habis,” ciapnya.

Seorang lagi pengguna Twitter, @TaufikMusa6 turut menggesa kerajaan menutup sementara semua sektor dalam tempoh dua minggu supaya kes dapat dikurangkan.

“Tutup sahaja semua sektor dua minggu, apa tunggu lagi. Macam tak ada perubahan dalam tiga minggu ini,” ciapnya.

Semalam, kes baharu Covid-19 di negara ini dilaporkan sebanyak 5,911 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 691,115 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 2,111 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 770 kes dan Sarawak sebanyak 569 kes. K Online

Tutup semua sektor selama 2 minggu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mira Filzah mahu bersara?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker