Parti sokong Anwar meterai perjanjian esok – Fadillah

Parti sokong Anwar meterai perjanjian esok – Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mengesahkan parti politik yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memeterai perjanjian berkaitan kerjasama itu esok.

Beliau yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata, perkara itu melibatkan semua ketua parti yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada perdana menteri ke-10.



“Semua ketua parti sudah berbincang, malah hari ini saya balik ada mesyuarat di peringkat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melihat kandungan perjanjian,” katanya menurut Berita Harian.

Perkara itu mendahului usul percaya bakal dibentangkan di Parlimen Isnin ini.

Bagaimanapun, Fadillah berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai inti pati perjanjian itu.

Terdahulu, Presiden Warisan Shafie Apdal mengesahkan satu perjumpaan antara parti yang menyokong kerajaan dijangka diadakan esok bagi memeterai perjanjian dalam usaha mengukuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.



Ahli Parlimen Semporna itu turut mengesahkan akan hadir ke perjumpaan itu.

“Kita akan mengadakan perjumpaan pada Jumaat ini untuk menandatangani perjanjian antara PH dengan parti yang lain, saya akan hadir.

“Ini adalah keutamaan kita. Kurangkan berpolitik, yang penting kepada kita adalah membawa perkara-perkara sewajarnya di landasan yang sepatutnya,” katanya. FMT

Parti sokong Anwar meterai perjanjian esok – Fadillah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]



Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker