Mira Filzah mahu bersara?


Mira Filzah mahu bersara?
Benarkah Mira Filzah mahu bersara?

Sudah tiba masanya untuk Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah mahu mengehadkan kehadirannya dalam industri hiburan supaya mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk suami dan keluarganya.

Mira berkata, sudah tiba masanya untuk dia berbuat demikian memandangkan dia sudah bekerja keras sejak empat tahun lalu.

“Saya rasa dah bekerja keras sejak 2016 hingga 2019. Kerja, kerja dan kerja. Saya menjalani penggambaran tanpa henti sebelum ini. Apabila dah kahwin ni, saya sendiri rasa patut susun jadual dengan lebih baik agar ada ruang dan masa untuk suami dan keluarga.

“Saya perlu hadkan diri saya dengan penggambaran dan saya gembira melakukannya. Saya gembira ada masa bersama suami. Insya-Allah kalau nanti ada rezeki ada ‘baby’ (anak), lagilah perlu banyak masa untuk keluarga,” katanya.

Mira berkongsi perkara itu selepas disoal pengikutnya di Instagram menerusi slot ‘Ask Me A Question’ yang bertanyakan adakah dia menjangkakan popularitinya akan merudum selepas berkahwin.

Menurut Mira, terpulang kepada hak individu untuk menilai maksud populariti itu sendiri.

“Bergantung kepada anda nak menilai bagaimana sudut populariti itu. Pada akhirnya, kita sendiri yang tentukan apa yang lebih penting dalam hidup ini.

“Nak kata sudah puas berlakon, tidaklah. Namun, banyak lagi saya nak cuba. Insya-Allah saya akan terus berlakon bergantung pada kesesuaian masa,” tulisnya.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Mira Filzah mahu bersara?


Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Restoren daun pisang lakukan penderaan seks

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker