5 tip mudah didik anak bijak urus wang

 

5 tip mudah didik anak bijak urus wang . Celik kewangan perlu bermula dari dalam diri anak-anak ketika mereka masih kecil. Kanak-kanak yang bijak dari segi pengurusan kewangan akan memiliki masa depan yang lebih cerah dan menjadi lebih bertanggungjawab apabila mereka meningkat dewasa.

Sama seperti kemahiran hidup yang lain, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak supaya menjadi lebih cekap dalam menguruskan kewangan mereka.

Usaha untuk mengajar anak-anak tentang kewangan tidak terlalu sukar. Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang menyeronokkan dalam menanam minat anak-anak bagi mempelajari pengurusan kewangan bijak!

Berikut adalah 5 tip yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membentuk anak-anak lebih cerdik dalam pengurusan kewangan.

 

1. Mainan berpapan rapatkan hubungan

Mainan berpapan yang mempunyai elemen kewangan dapat mendidik anak-anak mengenai amalan menyimpan, berbelanja dan merancang dengan bijak.

Mainan berpapan seperti Monopoly atau Saidina sesuai untuk merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. Inilah masa untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Permainan Monopoly atau Saidina juga memberi pengajaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan menyusun strategi, merancang, berbelanja dengan bijak, menguruskan wang serta mengelakkan hutang.

Sambil bermain, ibu bapa boleh berbincang dengan anak-anak tentang pelbagai aspek pengurusan wang dan mengaitkannya dengan situasi sebenar seperti memiliki aliran tunai yang baik, membuat keputusan untuk berhutang secara bijak dan menguruskan kewangan dengan betul untuk membeli sesuatu.

Ajar anak-anak kemahiran sosial dan akademik menerusi platform digital.

2. Cuba permainan pendidikan digital

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan anak-anak tidak terlalu asyik menggunakan peranti elektronik untuk bermain “game”. Namun, kemajuan teknologi telah memberi laluan yang lebih mudah kepada pembelajaran secara maya.

Permainan interaktif sebenarnya boleh menjadi alat pembelajaran yang berguna untuk ibu bapa dan juga guru. Permainan seperti ini boleh mendatangkan kesan positif seperti menguatkan daya ingatan, tumpuan serta pemikiran.

Permainan digital, jika digunakan dengan cara yang betul sebenarnya mampu memberikan pengajaran yang berguna serta lebih berkesan kepada kanak-kanak berbanding sekadar mendengar ceramah di sekolah atau membaca buku teks.

Terdapat bermacam-macam jenis permainan dalam talian termasuk permainan berkaitan kewangan dan kemahiran pengurusan wang yang boleh dicuba. Sebagai contoh, ibu bapa boleh layari https://www.alliancebank.com.my/aeiou, https://www.practicalmoneyskills.com/play dan https://www.mycreditunion.gov/financial-resources/world-cents bagi mencuba permainan dalam talian yang lebih bermanfaat untuk anak-anak.

Selain bermain permainan dalam talian, kanak-kanak juga boleh mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran sosial dan akademik di mana sesetengah permainan ini memerlukan mereka berinteraksi dengan pemain-pemain lain dan menjawab soalan-soalan.

 

3. Galakkan aktiviti seni & kraftangan

Seni dan kraftangan adalah penting dalam pembangunan kanak-kanak. Aktiviti seumpama ini dapat membentuk kemahiran motor halus serta kreativiti.

Pupuklah daya kreativiti anak-anak anda dan pada masa yang sama galakkan mereka memupuk tabiat bijak wang melalui pengalaman berunsur amali.

Sebagai contoh, mereka boleh diajar untuk kitar semula botol-botol jem untuk dijadikan tabung duit bagi menggalakkan tabiat menyimpan, berbelanja dan merancang secara bijak.

Di sini, ibu bapa boleh menyediakan pelekat hiasan atau set melukis untuk anak-anak gunakan menghiasi botol-botol jem tersebut.

Keseronokan menghias tabung simpanan mereka sendiri pasti memberikan mereka lebih semangat untuk menabung.

Gunakan topik kewangan dalam aktiviti melukis anak-anak.

4. Ajak anak-anak melukis

Kanak-kanak melukis untuk meluahkan apa yang mereka fikir atau rasai. Melukis merupakan antara saluran yang kerap digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan perasaan ketika mereka masih lagi memahirkan diri berkomunikasi secara lisan.

Bagi memanfaatkan aktiviti ini, ibu bapa boleh menggunakan aktiviti melukis sebagai salah satu cara menghidupkan topik kewangan dengan anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak boleh diajak melukis apa yang mereka ingin beli dengan dengan wang RM10 dan mengenalpasti item-item yang memenuhi ‘keperluan’ dan yang memenuhi ‘keinginan’ mereka.

Terangkan perbezaan antara kedua-dua istilah ini dengan cara yang mudah. Jelaskan kepada mereka, keperluan adalah barangan harian penting yang diperlukan untuk kehidupan harian seperti makanan. Manakala keinginan pula ialah kehendak emosi dan tidak menjejaskan kehidupan jika tidak dibeli seperti barangan permainan yang banyak.

Pendekatan ini membolehkan mereka menggambarkan cara untuk merancang perbelanjaan dan belajar tentang nilai wang.

 

5. Memperkenalkan komik pendidikan

Kanak-kanak lebih berminat belajar dengan menggunakan visual dan bunyi. Menyedari hal ini, penggunaan komik pendidikan dengan jalan cerita mudah dan menarik dapat mengajar mereka tentang pengurusan wang yang baik.

Menerusi komik, kanak-kanak boleh menikmati aktiviti yang mereka gemari dan pada masa yang sama dapat menyerap pengajaran tentang kewangan. Sumber seperti https://www.alliancebank.com.my/aeiou.aspx#comic dan https://www.practicalmoneyskills.com/resources/comics/avengers menyediakan komik pendidikan yang menyeronokkan untuk dipelajari kanak-kanak. Ibu bapa atau guru-guru boleh berbincang tentang jalan cerita serta menerangkan kepada anak-anak tentang konsep yang tidak difahami oleh mereka.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang belajar melalui teknik bermain akan meniru apa yang mereka lihat lantas meningkatkan pemahaman dan kebolehan mereka.

Apabila anda membantu kanak-kanak menjadi bijak wang dengan cara yang menyeronokkan, anda dapat menerapkan sikap berjimat dan berbelanja secara berhemah sambil mereka menikmati proses pembelajaran tersebut.

Artikel ini diterbitkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad. Cabaran AEIOU Alliance Bank sedang berlangsung bagi membantu ibu bapa dan guru melengkapkan kanak-kanak dengan amalan kewangan yang baik secara maya.

Alliance Bank menjemput semua murid sekolah di seluruh negara yang berumur antara 9 hingga 12 tahun untuk menyertai Cabaran AEIOU, sebuah program cerdik kewangan yang kini memasuki musim keenam dan dijalankan secara maya.

Tarikh tutup penyerahan bagi Cabaran Komik dan Cabaran e-Permainan adalah pada 2 Julai 2021.

Untuk maklumat lanjut tentang program cerdik kewangan atau cara penyertaan, sila layari www.alliancebank.com.my/aeiou untuk butiran lanjut.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker