Israel minat jalin hubungan dengan Malaysia
Israel minat jalin hubungan dengan Malaysia
Duta besar Israel ke Singapura Sagi Karni menyatakan bahawa negaranya berusaha menjalin hubungan dengan negara-negara majoriti muslim di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Hasrat tersebut disampaikan selepas ketiga-tiga negara Islam tersebut mengutuk keras serangan udara Israel ke atas Gaza bulan lalu sehingga menyebabkan lebih 250 penduduk Palestin maut dibom.
Indonesia, Malaysia dan Brunei telah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk masuk campur dan menghentikan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dalam serangan selama 11 hari tersebut.
“Kami bersedia untuk bercakap, kami bersedia untuk bertemu, dan pintu terbuka sejauh yang kami harapkan. Saya rasa tidak begitu sukar untuk mencari kami,” kata Duta Besar Israel di Singapura itu.
Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel dan telah berulang kali meminta Israel untuk berhenti menjajah wilayah Palestin. Negara haram itu juga didesak untuk menerima penyelesaian dua negara berdasarkan perbatasan sebelum perang Timur Tengah 1967.
Sagi Karni berkata, kritikan dari pemimpin tiga negara itu tidak jujur dan mengabaikan hakikat sebenar konflik yang katanya antara Israel dan Hamas, dan bukan dengan rakyat Palestin.
“Hamas adalah organisasi anti-Semit … Saya tidak pasti bahawa banyak orang yang mengambil bahagian dalam perbahasan media sosial benar-benar memahami sifat radikal dan fasis Hamas,” katanya seperti yang dilaporkan oleh agensi antarabangsa dalam wawancara video.
Selain Singapura, Israel mempunyai kedutaan di Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar. SM
Israel minat jalin hubungan dengan Malaysia
Baca Artikel Menarik :
- Fahmi Redza mocking Perak MB
- Nasihat Muhyiddin pada Agong tak memuaskan – Anwar
- Raja-Raja Melayu Sudah Bersuara
- Saintis Facebook bangunkan perisian kesan imej ‘deepfake’
- Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram
- Resepi ikan tenggiri bumbu merah sedap
Layari Laman Facebook MYKMU NET