Dua penuntut UiTM Rembau maut, motosikal rempuh tiang

Dua penuntut UiTM Rembau maut, motosikal rempuh tiang

REMBAU: Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau maut, manakala seorang cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kundur- Pilin di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Muhammad Adib Roszaidi, 21, dan Muhammad Aiman Roslee, 21, maut, manakala Muhammad Faiz Ilham Abdul Jalal, 21, cedera parah.



Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan ke arah Pilin.

“Siasatan awal mendapati mangsa pertama (Muhammad Adib) yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kundur menghala ke Pilin.

“Namun sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar tiang TM (Telekom Malaysia) menyebabkannya jatuh dan melintang di atas jalan,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Ahad.

Tiang TM terbalik dan melintang di atas jalan akibat kejadian itu. - Sinar Harian

Tiang TM terbalik dan melintang di atas jalan akibat kejadian itu. – Sinar Harian

Menurutnya, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda dan dibonceng Muhammad Faiz Ilham yang datang dari arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak sebelum hilang kawalan dan terbabas di tempat kejadian.



Hazri berkata, kemalangan itu menyebabkan Muhammad Adib dan Muhammad Aiman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut dan Muhammad Faiz Ilham yang cedera parah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

“Ketiga-tiga mangsa adalah penuntut semester lima di UiTM Kampus Rembau di sini,” katanya. -SH

Dua penuntut UiTM Rembau maut, motosikal rempuh tiang



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker