Covid-19 : 4,743 kes baharu hari ini


Covid-19 : 4,743 kes baharu hari ini.
Kes baharu Covid-19 dua hari berturut bawah 5,000

Sebanyak 4,742 kes baharu dilaporkan dengan tertinggi direkodkan di Selangor.
BUAT hari kedua berturut-turut, kes harian COVID-19 berada di bawah angka 5,000.

Namun berbanding semalam, kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini meningkat sedikit menjadi 4,743 kes.

Semalam, negara melaporkan kes harian terendah sepanjang sekatan penuh pergerakan dilaksanakan apabila 4,611 kes dicatatkan.



Berdasarkan data yang yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor dan Kuala Lumpur kembali mencatatkan peningkatan berbanding semalam.

Paling ketara Kuala Lumpur apabila 635 kes dilaporkan berbanding 310 kes semalam.

Turut dilaporkan peningkatan, Negeri Sembilan dengan 585 kes hari ini berbanding 437 kes semalam.

Keseluruhannya Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi dengan 1,566 kes, meningkat berbanding 1,346 semalam.



Sementara itu, Perak yang melaporkan 453 kes semalam mencatatkan penurunan ketara kepada hanya 68 kes.

Turut melaporkan kes dua angka hari ini ialah Terengganu dengan 37 kes manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing dua dan tujuh kes.

Baca artikel berkaitan: Lagi kes SOP jadi hiasan, tapak bina di Seremban diarah tutup

4,611 kes baharu, Lembah Klang turun, Perak melonjak



Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 22 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,743 kes (705,762 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,566 (231,047)
WPKL – 635 (72,113)
Johor – 239 (68,546)
Sabah – 193 (67,900)
Sarawak – 507 (60,989)
Negeri Sembilan – 585 (39,549)
Kelantan – 165 (33,870)
Pulau Pinang – 195 (33,326)
Perak – 68 (25,274)
Kedah – 142 (23,604)
Melaka – 167 (16,372)
Pahang – 131 (12,211)
Terengganu – 37 (10,990)
WP Labuan – 104 (7,218)
WP Putrajaya – 7 (2,179)
Perlis – 2 (574)

Covid-19 : 4,743 kes baharu hari ini




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mogok wake up call bagi lapangan terbang Subang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker