Sokong NGO tangani kes penagihan dadah

Sokong NGO tangani kes penagihan dadah. Gesaan untuk kumpulan masyarakat menangani peningkatan dalam penagihan dadah dan beralih daripada sistem hukuman kepada sistem berasaskan pemulihan mendapat sokongan aktivis.

Aktivis, Marina Mahathir berkata, kerajaan patut menyokong kumpulan masyarakat, bukannya cuba melakukannya sendiri memandangkan pendekatannya berbeza.

“Mereka patut menyediakan dana kepada kumpulan itu yang mempunyai rekod prestasi baik serta melakukan pemantauan untuk memastikan mereka menggunakan pendekatan baik. Sesetengah NGO menggunakan kaedah yang sama dengan kerajaan juga.”



Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengasih, Ramli Samad dilaporkan berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan NGO, yang dapat dilihat dalam menangani HIV/AIDS di Malaysia pada 1990-an.

Katanya, sistem pemulihan dan sokongan masyarakat lebih baik daripada pendekatan menghukum dalam mengurangkan kes penagihan dadah.

Pengerusi Yayasan PT, Hisham Hussein setuju dengan gesaan untuk NGO turut serta membantu. Sebagai permulaan, katanya, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memperuntukkan sumber bagi kumpulan ini untuk menangani kes.

1.2 juta tan dadah dirampas dekat sempadan Malaysia



Beliau berkata, sumber itu tidak semestinya dalam bentuk wang semata-mata, tetapi juga menyediakan teknologi dan kepakaran relevan kepada kumpulan itu supaya mereka dapat menangani masalah dadah yang semakin meningkat dengan lebih baik.

Hisham berkata, lebih ramai pakar kesihatan mental juga diperlukan untuk menangani kebergantungan kepada dadah, seperti Methamphetamine atau syabu, yang semakin meningkat.

Beliau berkata, Agensi Antidadah Kebangsaan juga perlu melakukan pembaharuan untuk memenuhi permintaan dan cabaran ketika ini, seiring perkembangan di seluruh dunia.



Khamis lalu, Dr Adeeba Kamarulzaman dari Universiti Malaya dilaporkan berkata, penagihan dadah tidak dapat diselesaikan dengan hanya memenjarakan penagih.

Beliau memetik satu kajian di Iran yang menyaksikan pengguna aktif menjalani MRI fungsian dan terdedah kepada imej peralatan dadah, yang menunjukkan kesan fisiologi penggunaan dadah ke atas otak yang bertanggungjawab terhadap keinginan dan rangsangan.

Oleh itu, katanya, ketagihan perlu dirawat sebagai penyakit yang memerlukan perhatian perubatan dan sokongan sosial.

Sokong NGO tangani kes penagihan dadah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

 


Tok Mat tegaskan pemilihan Umno diadakan lebih awal jika Covid-19 semakin baik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker