Pengusaha bas merayu bantuan dari kerajaan

Sudah berbulan tiada pendapatan, bas boleh rosak kalau terlalu lama tak ‘jalan’, kata pengusaha

Walaupun pemandu teksi, pengusaha e-hailing dan pengusaha bas pelancongan mendapat akses kepada bantuan yang disasarkan dalam pusingan terbaru bantuan kerajaan, para pemandu bas tidak begitu bernasib baik.

Pemandu bas henti-henti dan bas ekspres hampir kehilangan pendapatan kerana sempadan daerah dan negeri ditutup, selain orang ramai yang tidak yakin pengangkutan awam selamat.

“Lebih murah bagi kami melepaskan pekerja-pekerja untuk mencari pekerjaan baharu,” kata presiden Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia Mohamad Ashfar Ali.

“Subsidi upah berguna jika kami boleh bayar baki gaji pekerja, tetapi sudah berbulan-bulan kami hampir tiada pendapatan.”

Bantuan khas sekali beri RM500 bawah Pemerkasa Tambahan diberikan kepada segelintir penggiat industri pengangkutan, namun ini tidak termasuk pemandu bas henti-henti dan bas ekspres.

Ashfar berkata, beliau bertemu Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong pada April untuk menyampaikan kesulitan yang ditanggung ahli-ahli persatuannya, dan beliau masih berharap cadangan-cadangannya akan diterima.

“Apabila bas tidak beroperasi selama lebih setahun, keadaannya akan mula merosot. Jika kami dapat beroperasi kembali (nanti), kami perlu menyelenggara bas kami supaya ia dapat berfungsi seperti biasa.

“Kami mencadangkan pemberian geran sekali beri sebanyak RM11,158 bagi setiap kenderaan, iaitu 70% daripada kos yang diperlukan untuk memastikan bas selamat dan boleh beroperasi, dengan mengambil kira harga purata barang-barang seperti penggantian bateri dan tayar baharu,” katanya.

Dengan ramai yang membiayai bas mereka melalui syarikat pinjaman, mereka juga tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan moratorium pinjaman yang ditawarkan semasa wabak.

Kata Ashfar, banyak pilihan penstrukturan semula yang digariskan kerajaan tidak dapat diakses para pemandu.

“Salah satu syaratnya adalah syarikat harus menguntungkan. Banyak syarikat bas tidak begitu menguntungkan dari mula lagi, dan dengan semua yang berlaku semasa wabak ini, sangat sedikit yang masih meraih keuntungan dan layak memohon.

“Penstrukturan semula ini turut disertai bayaran lain, iaitu sebanyak 0.5% setahun daripada jumlah nilai pinjaman. Pada masa seperti ini, (bayaran itu) menambah beban pemandu,” katanya.

Akibatnya, katanya, hanya sekitar satu per empat yang memohon penstrukturan semula.

Ashfar tetap berharap agar mereka dapat beroperasi kembali tidak lama lagi, dengan peningkatan kadar vaksinasi dan kelonggaran sekatan perjalanan dalam fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.

“Kami harap dapat memperoleh bantuan yang diperlukan, dan dengan semakin ramai menerima vaksin setiap hari, kami bersikap optimis bahawa peringkat terburuk wabak akan berakhir tidak lama lagi, dan kami dapat kembali beroperasi,” katanya.

“Kami harap dapat memperoleh bantuan yang diperlukan, dan dengan semakin ramai menerima vaksin setiap hari, kami bersikap optimis bahawa peringkat terburuk wabak akan berakhir tidak lama lagi, dan kami dapat kembali beroperasi,” katanya. FMT

Pengusaha bas merayu bantuan dari kerajaan.

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mustapa makan di cafe, langgar sop

Leave a Reply

Your email address will not be published.