‘Jangan Biarkan Anak-Anak Lelaki Jadi Seorang Pembunuh’ – Liyana Jasmay
‘Jangan Biarkan Anak-Anak Lelaki Jadi Seorang Pembunuh’ – Liyana Jasmay

Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap segelintir komentar berbaur negatif di media sosial berhubung kes tikam dan bunuh Allahyarham Nurfisya, baru-baru ini.
Komen negatif

Menerusi satu hantaran di Threads, Liyana, 38, menyifatkan komen yang dilemparkan oleh segelintir pihak seolah-olah menyalahkan mangsa.
Sakit hati baca komen lelaki tentang kes Nurfisya.
Kononnya nak bagi peringatan, jangan mainkan hati lelaki sebab lelaki boleh jadi gila, jangan menempah maut?
Awak siapa nak kawal anak perempuan orang lain?
Bayangkan hal sebegini terjadi kepada salah seorang perempuan dalam ahli keluarga awak, mampukah awak nak bercakap begitu?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Didik anak lelaki

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Aku Tak Percaya Cinta’, menyeru pihak ibu bapa, khususnya yang mempunyai anak lelaki, agar mendidik mereka dengan nilai hormat terhadap kaum wanita.
Hentikan pembunuhan terhadap wanita!
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, didiklah mereka dengan sebaiknya.
Jangan biarkan anak-anak lelaki kita membesar menjadi seorang pembunuh.
Terdahulu, media melaporkan satu kejadian tragis membabitkan seorang remaja perempuan, Nurfisya Zulkifly, yang ditemui maut di Kampung Simah, Ketereh, Kelantan.
Sumber: Threads
‘Jangan Biarkan Anak-Anak Lelaki Jadi Seorang Pembunuh’ – Liyana Jasmay
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.