Rashid kata panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM

Rashid kata panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM. Kuasa Yang di-Pertuan Agong semasa darurat untuk memanggil Parlimen bersidang mestilah melalui nasihat Perdana Menteri, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Abdul Rashid Hasnon.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadap Agong selama lebih satu jam di Istana Negara sebentar tadi.

“Insyaallah kita akan buka Parlimen sama ada menerusi sidang hibrid atau seperti biasa,” tambahnya.



Turut menghadap Agong pagi tadi adalah Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara, Rais Yatim.

Selain Rashid, Agong juga menerima Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, serta Timbalan Presiden Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad untuk menghadap.

Sesi sembah maklum kepada Agong yang bermula pada 11 pagi tadi rentetan kepada siri pertemuan baginda dengan ketua-ketua parti politik serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan persekutuan.

Rashid kata panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker