Suami isteri maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk

Suami isteri maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk

Suami isteri maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk
Gambar tular

KUALA LUMPUR: Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.34 pagi semalam, penunggang motosikal berusia 61 tahun dan isteri berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan, lalu melanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

“Akibat daripada perlanggaran berkenaan, kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


Mohd Zamzuri berkata, pemandu dan dua penumpang di dalam kereta juga cedera.

Katanya, pemandu kereta dan penumpang hadapan berusia 23 tahun cedera di kepala dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur.

“Pemandu disyaki mabuk tetapi masih menerima rawatan di HKL. Polis sudah mengambil sampel darah dan air kencing untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

“Penumpang belakang iaitu lelaki berusia 24 tahun luka di bibir dan lidah serta dibenarkan pulang. Dia juga hadir membuat laporan polis serta dirakam percakapan pada hari kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula



Katanya, orang ramai atau saksi kejadian boleh tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Suami isteri maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker