Warga emas maut van dinaiki langgar pokok
Warga emas maut van dinaiki langgar pokok

BESUT: Wanita warga emas maut selepas van dinaikinya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kampung Anak Ikan, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, Munah Awang, 76, dari Kampung Anak Ikan, Jabi, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Besut kira-kira jam 4.30 pagi.
Katanya, kemalangan berkenaan membabitkan van Toyota Hiace yang terbabas kira-kira jam 1.50 pagi.
“Siasatan awal mendapati van berkenaan dipandu oleh seorang lelaki tempatan bersama sembilan penumpang dalam perjalanan dari Perak ke Kampung Alor Serdang, Setiu.
“Apabila tiba di lokasi kejadian kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Katanya, kemalangan itu menyebabkan beberapa penumpang mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan.
“Seorang penumpang wanita warga emas meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Warga emas maut van dinaiki langgar pokok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.