Warga emas dikhuatiri lemas jatuh di sungai, selimut ditemui di tepi sungai

Warga emas dikhuatiri lemas jatuh di sungai, selimut ditemui di tepi sungai

Warga emas dikhuatiri lemas jatuh di sungai, selimut ditemui di tepi sungai
Anggota bomba sedang melakukan pencarian mencari lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas. – Foto BOMBA

SUNGAI PETANI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Kampung Masjid, Tikam Batu di sini, masih diteruskan dan belum menemui sebarang petunjuk.

Setakat ini, mangsa, Mohamad Khalid @ Halim Salleh, 84, yang dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh di sungai itu sejak semalam.

Ini berdasarkan penemuan selimut yang sering digunakan mangsa ditemui di tepi sungai berkenaan yang jaraknya hanya kira-kira 30 meter dari rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, operasi SAR bermula sejak jam 9.20 pagi selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 pagi.

Beliau berkata, operasi ketika ini diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohd Sezali Hassan bersama enam anggota dari BBP Tikam Batu dan lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


“Kerja-kerja mencari mangsa dimulakan dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air serta dibantu dengan penggunaan peralatan ‘grappling iron’ untuk tujuan mengesan mangsa.

“Pasukan PPDA kemudian dihubungi untuk membantu operasi SAR malah pihak polis turut membantu dalam pencarian ini dengan menggunakan khidmat unit anjing pengesan K-9.

“Pada jam 10.44 pagi, anggota PPDA mula melakukan selaman di kawasan yang disyaki mangsa terjatuh dan pada masa yang sama kerja-kerja percarian di permukaan air serta di sepanjang tebing giat dilakukan, ” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun dikhuatiri lemas di kawasan sungai, Kampung Masjid, Tikam Batu, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula



Berikutan itu, pasukan bomba dan penyelamat sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi pencarian, hari ini.

Warga emas dikhuatiri lemas jatuh di sungai, selimut ditemui di tepi sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker