Nahas di Kota Tinggi: Hampir 30 jam bertarung nyawa, Kamilin menyusul pemergian isteri, anak bongsu
Nahas di Kota Tinggi: Hampir 30 jam bertarung nyawa, Kamilin menyusul pemergian isteri, anak bongsu

KOTA TINGGI: Pemandu Proton Persona yang kritikal selepas terbabit kemalangan mengorbankan isteri dan anak mereka di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini petang semalam, menghembuskan nafas terakhir malam tadi.
Kamilin Alias, 56, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.35 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Perkembangan itu disahkan anak ketiganya, Mohd Aiman, 20, yang sudah pun kehilangan ibu, Rubeta Mohd, 51, dan adik, Nur Insyirah Syakirah, 14, dalam nahas dilaporkan sekitar jam 5.15 petang semalam itu.
Kereta dipandu Kamilin membawa Rubeta dan anak bongsu mereka itu terbabit kemalangan dengan sebuah Perodua Bezza ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Sri Saujana, di sini, daripada majlis perkahwinan saudara mereka di Mersing.
Rubeta dan Nur Insyirah Syakirah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Kamilin yang ketika itu parah dibawa ke HSI untuk rawatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
Semalam, anak kedua pasangan itu, Mohd Izat dilaporkan berkata, bapanya yang pada mulanya masih sedarkan diri ditidurkan akibat nafas laju dan turut menjalani pembedahan pada perut, selain paru-paru dilaporkan berdarah.
Jenazah Kamilin dibawa menaiki van jenazah dari HSI ke Masjid Taman Sri Saujana untuk disembahyangkan yang diimamkan sendiri Mohd Izat.
Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara Rubeta dan Nur Insyirah Syakirah di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam, di sini.
Nahas di Kota Tinggi: Hampir 30 jam bertarung nyawa, Kamilin menyusul pemergian isteri, anak bongsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.