Alif Satar Kongsi Cara Ustaz Uji Bakal Menantu [VIDEO]

‘Bukan Wang Tunai Jadi Cagaran Untuk Anak’

Alif Satar Kongsi Cara Ustaz Uji Bakal Menantu [VIDEO]

Alif Satar Kongsi Cara Ustaz Uji Bakal Menantu  [VIDEO]

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar berkongsi satu kisah menarik yang membuka mata tentang pendekatan seorang bapa dalam memilih menantu untuk anak perempuannya.

Kisah

@itsalifsatar

Benda yang jadi adalah pengajaran buat kita semua😄☺️

♬ original sound – alifsatar – alifsatar

Menerusi perkongsian di TikTok, Alif atau lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, berkongsi kisah bagaimana seorang ustaz yang dikenalinya menilai keikhlasan dan kesungguhan seorang lelaki sebelum memilihnya sebagai suami untuk anak perempuannya.

Kata Alif, soalan itu timbul kerana dia sebagai seorang bapa memahami betapa berharganya seorang anak perempuan di sisi keluarga.

Saya sebagai anak murid tahu anak perempuan ustaz yang nikah itu adalah anak kesayangannya.

Kemudian ustaz tu cakap, dia bagi satu syarat dekat lelaki tersebut.

Menurut Alif, ustaz tersebut menetapkan satu syarat khusus kepada lelaki tersebut sebelum memberi restu untuk berkahwin.

Lebih menarik, Alif berkata lelaki tersebut benar-benar menunjukkan kesungguhan untuk menikahi wanita yang dicintainya.

Sebelum ustaz tu beritahu apa syarat tersebut, dia kongsi satu hadis. Saya tak tahu tentang status hadis itu tapi bagus untuk kita amalkan.

Ustaz kata kalau seseorang ini solat lima waktu di belakang imam selama 40 hari berturut-turut, dia akan hilang sifat munafik.

Ustaz itu beritahu dekat lelaki tersebut, nak kahwin dengan anaknya boleh tapi kena lakukan seperti hadis itu dan tunjukkan gambar kepadanya.

Dalam pada itu, Alif berpendapat pendekatan tersebut merupakan satu cara yang baik untuk diamalkan dalam memilih calon suami bagi anak perempuan.

Bukan wang tunai menjadi cagaran untuk anak kita. Contoh lelaki itu datang kepada saya, cakap ada duit dan nak dekat anak saya.

Saya pun ada duit, awak nak bimbing anak saya macam mana? Yang paling penting kita sebagai suami dan bapa kena didik anak kita untuk berdikari dan tahu nilai diri.

Tapi kena pastikan kita juga melakukan hadis itu sebelum menyuruh orang lain.

Sumber: TikTok

Alif Satar Kongsi Cara Ustaz Uji Bakal Menantu [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker