Polis nafi anggota trafik jadi penghantar makanan


KLUANG – Polis menafikan berhubung dakwaan seorang anggota Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang membuat kerja sampingan sebagai penghantar makanan sehingga sekeping gambar tular di laman sosial Facebook.

Menerusi gambar yang diviralkan tersebut, penghantar makanan terbabit dilihat memakai seluar sukan mempunyai corak seolah-olah pakaian seragam polis trafik.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, lelaki tersebut hadir ke IPD dan mengesahkan bahawa dirinya merupakan individu seperti yang disebarkan oleh seorang pengguna yang tidak bertanggungjawab.

“Pada 10 Mac 2021, polis IPD Kluang telah menerima laporan berhubung dakwaan seorang anggota trafik melakukan kerja sampingan sebagai penghantar makanan.

“Selepas polis melakukan siasatan, individu berkenaan hadir ke balai polis dan memaklumkan bahawa dia merupakan individu yang ditularkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Seluar sukan yang menyerupai anggota trafik.

Hang Seng berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu fakta sama ada betul atau tidak sebelum sesuatu perkara ditularkan ke dalam media sosial.

Tegasnya, tindakan tidak individu bertanggungjawab boleh menyebabkan nama pasukan tercalar selain mendatangkan kegusaran serta ketidaktenteraman awam.

Tindakan tegas akan diambil mengikut Seksyen 233(3) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. K Online

(Video)Polis trafik mabuk, pandu lawan arus ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker