Resepi Kuih Jongkong Perak

Sebaran :

Resepi Kuih Jongkong Perak

Resepi Kuih Jongkong Perak

Pernah dengar nama kuih Jongkong? Kuih Jongkong ini adalah kuih tradisional lama. Kuih ni sudah jarang di dapati.. jarang di jual dan jarang juga orang nak membuatnya. Boleh di katakan kuih ini adalah antara kuih yang semakin pupus.

Apa lagi jom kita cuba buat kuih jongkong ini. Senang jer.

Bahagian hijau:

250 gram tepung beras
50 gram tepung ubi
500 ml air daun pandan – 5 helai
500 ml air
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur
½ sudu kecil garam

Bahagian santan:

500 ml santan pekat
½ sudu kecil garam

Bahan lain:

Gula pasir
Daun pisang
Lidi

Cara cara:

  1. Satukan semua bahan untuk lapisan hijau hingga sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga pekat dan berkilat.
  2. Setelah masak, masukkan dalam bekas besar, ratakan dan sejukkan. Setelah sejuk, bolehlah dipotong seperti bentuk jongkong emas.

Di tengah tengah daun pisang diletakkan sepotong lapisan hijau. Masukkan 1 sudu besar gula dan akhir sekali, masukkan 3 sudu besar santan.

Daun pisang dilayur atas dapur supaya tidak mudah koyak. Lipat acuan daun pisang tadi seperti membungkus tapai dan matikan dengan sehelai daun pisang bersaiz kecil di tengah bungkusan. Semat dengan stapler atau lidi untuk mengemaskannya.

Susun dalam periuk pengukus dan dikukus selama 20-30 minit. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kuih ini bila dibuka daun pisang akan kelihatan air gula di sekeliling kuih. Bila nak makan, ceduk sekali dengan air gula santan ini. Nota: lebihkan gula dan santan untuk menghasilkan air gula yang banyak.

Nota:

Lagi banyak gula dan santan, lagi sedap dan berkuah.
Kuih jongkong sedap dimakan ketika sejuk.

Azie Kitchen

Resepi Kuih Jongkong Perak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan


Sebaran :

Leave a Reply