Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian

 

Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian

 

Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian

Tiada ruang untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kesalahan yang dilakukan terlalu besar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya.

“Saya tak boleh kerjasama dengan orang macam ini. Saya minta maaf tak boleh kerjasama dengan orang semacam ini.

“Bukan tak ada hati nak memaafkan seseorang, dia kawan saya, yang naikkan Najib pun saya juga, tapi apa dia buat merosakkan negara, merosakkan parti, merosakkan kerajaan, menjadikan nama kita begitu busuk di seluruh dunia.

“Daripada Asian Tiger kita jadi kerajaan pencuri hasil daripada perlakuan Datuk Seri Najib. Mintak maaflah saya tidak boleh kerjasama dengan dia,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 mensabitkan Najib atas tujuh tuduhan jenayah bersabit dana RM42 juta bekas anak syarikat 1MDB, SCR International Sdn Bhd.

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu tuduhan salah guna kuasa.

Beliau juga dihukum penjara 10 tahun atas tiga kesalahan pecah amanah dan 10 tahun lagi untuk tiga tuduhan pengubahan wang haram.

Pada 18 Mei lalu, Mahkamah Rayuan selesai mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman dan menangguhkan keputusannya ke satu tarikh kelak.-SH

Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Mahathir akhirnya mengaku Najib tak ambil duit 1MDB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker