Wanita rentung dalam kemalangan babit 2 kenderaan

Wanita rentung dalam kemalangan babit 2 kenderaan

Wanita rentung dalam kemalangan babit 2 kenderaan

KUALA KANGSAR: Seorang wanita rentung apabila van dinaikinya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain berdekatan lampu isyarat Taman Bunga Raya, dekat sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.55 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.

“Kenderaan (van) tersebut terbakar kira-kira 90 peratus, didapati terdapat seorang mangsa perempuan berusia 38 tahun tersepit di bahagian pemandu.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala penumpang van iaitu seorang lelaki dan wanita selamat.

“Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUN) yang terbabit dalam kemalangan dengan van itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Awani

Wanita rentung dalam kemalangan babit 2 kenderaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki rentung dalam kebakaran kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker