Mahathir suruh suntik dulu rakyat, daftar kemudian

Mahathir suruh suntik dulu rakyat, daftar kemudian
Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir suruh suntik dulu rakyat, daftar kemudian

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata proses pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat di negara ini sepatutnya tidak perlu melalui proses pendaftaran awal, sebaliknya diberikan suntikan terlebih dahulu.

Beliau berkata prosedur sedia ada pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia boleh diperbaiki bagi memastikan pemberian vaksin dilaksanakan dengan lebih efisen, sekali gus mengawal penularan pandemik itu.

“Pemberian vaksin (di Malaysia) yang memerlukan orang ramai mendaftar menggunakan telefon bimbit menyebabkan ada yang terpaksa menunggu sehingga tiga bulan untuk divaksin.



“Tempat suntikan mungkin jauh bagi sesetengah orang. Kenapa tidak (kerajaan) pergi kepada orang?

“Daftar tidak perlu. Siapa saja boleh disuntik dan ambil gambar IC (kad pengenalan orang yang disuntik) bagi tujuan data mereka direkodkan dalam sistem.

“Apa guna MySejahtera? Ini semua birokrasi,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian hari ini.

Memberi contoh Amerika Syarikat mampu menyuntik vaksin kepada tiga juta orang sehari menerusi sistem pandu lalu, Dr Mahathir berpendapat suntikan vaksin juga boleh dilakukan oleh pasukan terdiri daripada doktor, dua jururawat dan seorang penolong yang boleh pergi ke kampung-kampung.



Beliau berkata Malaysia juga terlalu khuatir dan mengambil masa untuk membuat ujian kepada setiap satu vaksin sedangkan vaksin berkenaan sudah digunakan di pelbagai negara.

“Vaksin Sputnik V yang belum diluluskan Malaysia sudah digunakan di Jerman tapi Malaysia baru hendak membuat ujian. Tidak boleh tunggu Pfizer atau AstraZeneca sahaja. China punya (vaksin) pun boleh. China sudah suntik lebih 300 juta orang,” katanya.

Ditanya mengenai darurat, Dr Mahathir berpendapat Parlimen boleh bersidang walaupun darurat sedang berjalan sehingga 1 Ogos.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa ketika penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 1969, Parlimen ketika itu bersidang bagi memberi ruang semua pihak termasuk pembangkang untuk memberi pendapat tentang isu yang sedang dihadapi negara ketika itu.



Mahathir suntik dulu rakyat, daftar kemudian


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita 45 tahun nampak seperti anak perempuan berusia 24 tahun

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker