Wanita 45 tahun nampak seperti anak perempuan berusia 24 tahun

Sebaran :

Wanita 45 tahun nampak seperti anak perempuan berusia 24 tahun

Wanita 45 tahun nampak seperti anak perempuan berusia 24 tahun

LONDON – Seorang wanita 45 tahun menjadi tular di media sosial TikTok kerana memiliki wajah awet muda, tidak ubah seperti rupa paras anak perempuannya yang berusia 24 tahun, lapor laman Mirror UK kelmarin.

Liza Gulyaewa, 24, berkongsi video tersebut bersama 300,000 pengikutnya di TikTok yang bertanya dia kelihatan seperti gadis remaja.

Dalam video itu, Gulyaewa berkata, dia mempunyai genetik bagus dan berkongsi foto ibunya.

Dia mendakwa bahawa ibunya berusia 45 tahun dan orang ramai terkejut melihat wajah wanita itu yang kelihatan awet muda.

“Orang bertanya kepada saya mengapa saya kelihatan muda, namun lihatlah ibu saya,” katanya pada video tersebut.

Wanita 45 tahun nampak seperti anak perempuan berusia 24 tahun

Beribu-ribu penonton meninggalkan komen pada video tersebut dengan berkata, mereka tidak menyangka kedua-duanya adalah ibu dan anak kerana kelihatan seperti adik-beradik.

“Saya seorang sajakah yang rasa ibunya kelihatan lebih muda?” tulis seorang netizen.

“Apakah rahsia anda? Kongsikan dengan saya rutin penjagaan kulit anda,” tulis seorang lagi netizen. Agensi

Wanita 45 tahun nampak seperti anak perempuan berusia 24 tahun


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan


Sebaran :

Leave a Reply