Biodata Artis Elyana. Profail dan Latar Belakang.

ELYANA : RAWATAN RADIOTERAPI - LIMFOMA HAMPIR TAHAP 5

Biodata Artis Elyana. Profail dan Latar Belakang.

Erneelya Elyana Emrizal  lahir pada tanggal 5 hb Julai 1987.  Merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun.

Sepanjang kerjaya muzik beliau, Elyana telah menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan telah merakamkan lebih 40 buah lagu.



Di awal kemunculannya, Elyana membawakan lagu-lagu berentak pop, balada dan R&B dan seterusnya beralih kepada pop rock.

Kehidupan peribadi

Elyana dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat bersaudara, 3 perempuan dan 1 lelaki.

Beliau telah berkahwin pada 19 November 2010 dengan Khairul Anuar Husin, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah.

Elyana menjalani rawatan untuk kanser limfoma Peringkat 4. Selepas tersingkir dalam Gegar Vanganza 4, Elyana telah mengumumkan yang beliau telah menghidap barah limfoma tahap empat selama 7 tahun.



Beliau menyifatkan dirinya seorang yang buta IT.

Pada Oktober 2018, Elyana telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang menghidap sindrom Down.

Kerjaya

Elyana mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi lagu balada yang pertama iaitu single berjudul Niat yang dimuatkan dalam album komposer tersebut. Lagu Niat yang diputar pada tahun 2001 menjadi antara lagu paling hits sekaligus memperkenalkan Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.[

Elyana muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album berjudul Satu pada 2002, kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album Segalanya pada 2003. Menerusi album ini, Elyana bereksperimentasi dengan muzik pop rock sentuhan Tam Spider menerusi lagu berjudul “Cahaya Gelita“.



Masih bersekolah di tingkatan 4 ketika muncul dengan 2 album ini, Elyana telah menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004.

Album solo ketiganya

Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama beliau. Album ini menampilkan banyak lagu hits, antaranya ialah “Tak Tercapai Akalmu“. Elyana dan penerbitnya, Aidit Alfian mempertaruhkan genre muzik yang berlainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu “Tak Tercapai Akalmu“, mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-21 pada Januari 2007.

Rentetan kejayaan itu, Elyana dan Aidit Alfian kini mempertaruhkan album terbaru berjudul Jadi Diriku yang muncul pada November 2007. Album ini mendapat ulasan yang baik dari penggiat seni muzik dan juga media di Malaysia.  Album ini menampilkan lagu-lagu hit pop dan pop rock seperti “Kau atau Aku (Main Tarik Tali)” dan “Kalis Rindu“, album Jadi Diriku menjadi antara album terbaik untuk tahun 2007.

Pada tahun 2011, Elyana menerbitkan album kompilasi, Terbaik Elyana dan melancarkan single terbarunya, “Sewaktu Dulu-dulu” ciptaan Aidit Alfian.



Pada tahun 2017, beliau muncul dengan “Ikhlas Dalam Resah” yang menjadi rakaman rasmi pertamanya dalam tempoh enam tahun.[5] Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim keempat.

Bidang Lakonan

Elyana juga menceburi dunia lakonan secara serius. Pada mulanya, Elyana muncul dalam sebuah drama yang tidak ditayangkan iaitu Sepai Tajul Muluk pada 2003, kemudian Elyana hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriati pada tahun 2004 berjudul Seriau. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.

Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja – Gong (2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia yang ke-19 malah turut berlakon dalam filem ini ialah pelakon Fasha Sandha dan aktor terkenal Indonesia, Teuku Zacky.

Seterusnya Elyana disunting untuk membintangi filem seram blokbuster berjudul Dukun. Filem arahan Dain Iskandar Said ini menjalani penggambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh pelakon tersohor Malaysia, Umie Aida disamping barisan pelakon kelas A seperti Faizal HusseinNam RonAdlin Aman RamliRamli Hassan dan Hasnul Rahmat. Elyana memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan Elyana dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walau bagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini telah diharamkan tayangan kerana dikatakan dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal Malaysia, Mona Fandey.



Album

Selari dengan 3 produksi drama/filem seram lakonannya, muzik dan imej Elyana juga tampil ghotik seperti yang ditampilkannya menerusi album kedua dan ketiganya.

Karier lakonan Elyana tidak berakhir disitu. Pada tahun 2006, Elyana berjaya mendapat watak utama dalam drama siri TV komedi remaja berjudul Dunia Baru terbitan Grand Brilliance.

Siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV yang tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton.

Dalam drama siri TV Dunia Baru, Elyana memegang watak utama sebagai Sofea Nordin atau Opie, seorang gadis biasa yang kasar dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna malah tidak berkeyakinan tinggi bagi kehidupannya.



Kisah pelajar jurusan kejuruteraan ini juga telah dibintangi beberapa pelakon remaja seperti Pierre Andre, Iqram Dinzly, Ryzal Jaafar, Wan Ellyas, Almy Nadia, Anne Ngasri, Baizura Kahar, Anita Baharom dan Que Haidar, serta ramai pelakon yang lain. Lagu Pakai Kanta Cinta ciptaan AG Coco daripada kumpulan Hujan dijadikan lagu tema drama ini.

Siri TV Dunia Baru

Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, Dunia Baru dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007. Siri TV ini masih kekal antara program paling tinggi rating di TV. Elyana juga sudah serasi dengan watak Opie dalam drama ini.

Tidak hanya di TV, pada Februari 2008 ini, Elyana buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem Dunia Baru The Movie. Filem arahan pengarah M. Hitler Zami ini mengekalkan pelakon siri TV Dunia Baru dengan kemunculan beberapa pelakon komedi seperti Opie Zami, Kenchana Dewi, Ilya Buang dan Ropie Cecupak.

Selepas tamat siri Dunia Baru musim ketiga pada Januari 2008, Elyana muncul dengan siri TV terbaru berjudul Renjis. Drama siri ini juga mendapat sambutan menggalakkan hingga mencecah 2.1 juta penonton di Astro Ria. Pada musim pertama, Elyana memegang watak sebagai Kirana, perunding perkahwinan yang menghadapi dilema dalam memilih bakal suami.

Musim pertama menyaksikan Elyana bergandingan bersama aktor Ashraf Sinclair, manakala musim kedua bersama aktor Kamal Adli. Pelakon lain yang turut membintangi siri tersebut ialah Ashraf Muslim, Liza Abdullah, Syed Ali dan Sherry Ibrahim.

Pada November 2009, Elyana muncul dengan siri TV terbaru beliau berjudul Kamelia Katrina sementara filem terbarunya berjudul Hooperz bergandingan bersama aktres komedi popular Amy Mastura dan aktor kacak Remy Ishak dijadualkan bakal muncul pada awal 2010.

Biodata Artis Elyana.

Elyana
Elyana membuat persembahan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (2009).
Kelahiran
Erneelya Elyana binti Emrizal

5 Julai 1987 (umur 33)

Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Tahun aktif 2001—kini
Pasangan Khairul Anuar Husin (k. 2010)
Anak 1
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop, Balada, R&B (2001-2002)
  • Pop rock (2003-2011)
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
Fantasia Music City (2001-2011)
Pengkarya berkait
Antz
Laman sesawang
www.elyanamusic.net

FOTO

ELYANA : RAWATAN RADIOTERAPI - LIMFOMA HAMPIR TAHAP 5

 

Biodata Artis Elyana. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


ELYANA : RAWATAN RADIOTERAPI – LIMFOMA HAMPIR TAHAP 5

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker